Larut-lesap biologi kaolin menggunakan siderofor daripada bacillus aryabhattai dan Bacillus megaterium

Kehadiran cemaran besi di dalam kaolin secara signifikannya mengurangkan nilai komersialnya, kerana besi memberi kesan negatif terhadap indeks keputihan dan sifat refaktori kaolin tersebut. Walaupun kaedah penulenan kaolin secara fizikal dan kimia adalah berkesan, tetapi kaedah ini mempunyai beberap...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Husna Alya Mohd Rani,, Adnan Azmi,, Muhammad Ahmad Zan,, Monisha Rajamohan,, Kuan, Seng How, Chieng, Sylvia
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24334/1/SL%205.pdf
http://journalarticle.ukm.my/24334/
https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol53num8_2024/contentsVol53num8_2024.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kehadiran cemaran besi di dalam kaolin secara signifikannya mengurangkan nilai komersialnya, kerana besi memberi kesan negatif terhadap indeks keputihan dan sifat refaktori kaolin tersebut. Walaupun kaedah penulenan kaolin secara fizikal dan kimia adalah berkesan, tetapi kaedah ini mempunyai beberapa kelemahan seperti kos yang tinggi dan pencemaran alam sekitar. Oleh itu, penyelidikan ini dijalankan untuk mencadangkan kaedah baharu yang mesra alam serta boleh diaplikasi dalam skala yang lebih besar dalam industri bagi penulenan kaolin. Dalam kajian ini, siderofor Bacillus aryabhattai dan Bacillus megaterium yang ditulenkan secara separa digunakan untuk proses larut-lesap kaolin. Hasil kajian mendapati bahawa kedua-dua siderofor mampu mengeluarkan cemaran besi daripada sampel tanah liat kaolin. Melalui analisis spektroskopi sinar-X serakan tenaga (EDX), peratus berat besi di dalam kaolin telah menunjukkan penurunan sebanyak 48.2% bagi siderofor B. aryabhattai dan 50.6% bagi siderofor B. megaterium. Selain itu, analisis mikroskop elektron pengimbas (SEM) pula menunjukkan struktur lapisan kaolin kelihatan masih terpelihara dan menyamai morfologi kaolin mentah. Hasil kajian ini menunjukkan keberkesanan proses larut-lesap menggunakan siderofor B. aryabhattai dan B. megaterium dalam mengurangkan cemaran besi daripada kaolin.