Kajian terhadap keberkesanan aplikasi pembelajaran koperatif dalam talian terhadap pelajar universiti aliran muzik
Kajian ini bertujuan meneroka penggunaan pembelajaran koperatif dalam talian terhadap pelajar aliran muzik di universiti awam di Malaysia. Kajian ini dijalankan melalui pendekatan kualitatif secara kajian kes. Sampel kajian terdiri daripada 11 orang pelajar pasca siswazah di sebuah fakulti unive...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/24289/1/Akademika_94_2_22.pdf http://journalarticle.ukm.my/24289/ https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1725 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan meneroka penggunaan pembelajaran koperatif dalam talian terhadap pelajar aliran muzik di
universiti awam di Malaysia. Kajian ini dijalankan melalui pendekatan kualitatif secara kajian kes. Sampel kajian
terdiri daripada 11 orang pelajar pasca siswazah di sebuah fakulti universiti awam di Selangor yang dipilih secara
persampelan bertujuan. Semua peserta telah melalui proses pembelajaran koperatif dalam talian selama enam sesi
di mana setiap sesi pembelajaran mengambil masa empat jam. Kaedah temu bual mendalam secara semi berstruktur
dan pemerhatian peserta telah dijalankan bagi mengumpul data. Triangulasi data melalui kaedah temu bual kelompok
telah dijalankan terhadap enam orang pelajar siswazah aliran muzik bagi mendapatkan data yang jitu. Dapatan
kajian menunjukkan terdapat 10 kepentingan pembelajaran koperatif dalam talian di mana ia dapat meningkatkan
kerjasama pelajar, menggalakkan penglibatan aktif, meningkatkan kualiti maklumat, kemahiran berkomunikasi,
penguasaan ilmu, motivasi pelajar, memupuk nilai kepimpinan, nilai hormat, minat, dan meningkatkan pencapaian
pelajar. Kajian ini telah dapat membuktikan bahawa kajian koperatif dalam talian berpotensi sebagai salah satu
penyelesaian bagi permasalahan pembelajaran dalam talian terutama bagi pelajar yang mengambil kursus muzik.
Hal ini turut memberi kesan terhadap lonjakan pencapaian pelajar yang seterusnya memberi impak positif terhadap
landskap pendidikan negara. Oleh itu, dapatan kajian ini amat penting bagi mengukuh dan memperkaya kaedah
pembelajaran dalam talian yang sejajar dengan elemen penggunaan teknologi dalam pendidikan alaf 21. |
---|