Kata adverba dalam karya Rehan Makhtar dengan menggunakan teori fungsional
Kata adverba dalam bahasa Melayu diberikan pelbagai definisi yang berbeza oleh tokoh-tokoh tempatan menyebabkan kekeliruan terhadap definisi dan fungsi kata adverba yang tepat dalam bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, sarjana sebulat suara bersetuju bahawa adverba ialah perkataan yang menerangkan kata...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/23899/1/WM%209.pdf http://journalarticle.ukm.my/23899/ https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/35 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kata adverba dalam bahasa Melayu diberikan pelbagai definisi yang berbeza oleh tokoh-tokoh tempatan menyebabkan kekeliruan terhadap definisi dan fungsi kata adverba yang tepat dalam bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, sarjana sebulat suara bersetuju bahawa adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja. Kajian ini menganalisis bentuk kata adverba yang digunakan dalam novel popular serta menghuraikan fungsi dan kedudukan adverba berdasarkan teori fungsional ideasional. Kajian ini meneroka bentuk kata adverba berdasarkan definisi oleh Nik Safiah (2008). Bahan bacaan popular yang dipilih untuk melihat penggunaan kata adverba pada masa kini adalah novel Seseorang Untuk Aku yang dikarang oleh Rehan Makhtar, terbitan pada tahun 2015. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan teks. Bagi menganalisis fungsi dan kedudukan kata adverba dalam ayat, teori nahu fungsional iaitu dengan menggunakan metafungsi ideasional yang telah diperkenalkan oleh Halliday (1994). Hasil kajian didapati bahawa kata adverba gandaan memiliki kekerapan yang paling tinggi berbanding kata adverba asalnya kata kerja yang mana kekerapannya yang paling rendah. Kata adverba gandaan berada pada kedudukan awal, pertengahan dan akhir ayat. Sementara, kata adverba asalnya kata kerja didapati berada pada kedudukan pertengahan dan belakang bagi kata kerja atau frasa kerja yang berperanan sebagai inti dalam ayat. Dengan menggunakan teori fungsional iaitu metafungsi ideasional didapati bahawa proses mental yang merupakan salah satu daripada transitiviti banyak didapati daripada hasil kajian dalam menganalisis kata adverba gandaan dan kata adverba yang menerangkan kata kerja. |
---|