Gelagat pengundi dalam PRU-15 di Kawasan DUN Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang

Setiap individu mempunyai gelagat atau tingkah laku yang berbeza tidak kira bangsa, agama mahupun kawasan sama ada bandar atau luar bandar. Tingkah laku pengundian merupakan bidang yang menjadi pertimbangan pengundi dalam membuat keputusan sama ada hendak mengundi atau tidak dan juga calon yang hend...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Arfah Rosli,, Junaidi Awang Besar,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23893/1/WM%203.pdf
http://journalarticle.ukm.my/23893/
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/35
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Setiap individu mempunyai gelagat atau tingkah laku yang berbeza tidak kira bangsa, agama mahupun kawasan sama ada bandar atau luar bandar. Tingkah laku pengundian merupakan bidang yang menjadi pertimbangan pengundi dalam membuat keputusan sama ada hendak mengundi atau tidak dan juga calon yang hendak dipilih. Pengundi juga diberikan hak untuk bebas bersuara dan mengeluarkan pendapat dalam suatu pilihan raya. Justeru, tujuan penulisan kertas kerja ini adalah untuk menganalisis gelagat pengundi dalam PRU-15 di kawasan DUN Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang. Kajian ini menggunakan kaedah kajian mengikut kesesuaian reka bentuk kajian iaitu melibatkan kaedah mengumpul data lapangan dan data berangka (data primer) serta kaedah mengumpul data sekunder. Antara kaedah mengumpul data primer ialah melalui soal selidik, temu bual dan pemerhatian di lapangan manakala kaedah mengumpul data sekunder pula merangkumi kajian kepustakaan dan kajian atas talian. Penganalisisan data dilakukan melalui perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Hasil kajian mendapati sumber maklumat yang paling dipercayai adalah media elektronik iaitu 36 peratus. Seterusnya 96 peratus responden menyatakan bahawa mereka mengundi dalam PRU 2022. Responden juga menyatakan bahawa faktor paling utama pengundi memilih Parti Perikatan Nasional (PN) adalah disebabkan kepimpinan PN yang bersih dengan 62 peratus, manakala faktor paling utama pengundi memilih Pakatan Harapan (PH) kerana kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (20 peratus). Seterusnya faktor paling utama pengundi memilih Barisan Nasional (BN) adalah kerana parti tersebut berpengalaman dalam mentadbir negara (18 peratus). Kemudian dari segi pilihan politik, 62 peratus responden menyatakan akan mengundi PN bagi kerusi DUN dan 58 peratus responden juga akan mengundi PN bagi kerusi Parlimen pada PRU akan datang. Kesimpulannya, kajian ini penting kerana dapat memperkenalkan dan memberi pendedahan kepada masyarakat dalam bidang geografi politik di Malaysia sekali gus dapat dijadikan sebagai rujukan kepada pengkaji lain bagi memperoleh maklumat mengenai geografi politik dalam negara ini.