Penyimpanan data sulit dalam persekitaran berbilang awan

Pengkomputeran awan telah berkembang selama bertahun-tahun untuk mengatasi kekangan pengiraan dan penyimpanan peranti mudah alih. Kekangan storan boleh diatasi melalui storan awan dengan ketersediaan sambungan internet. Walaupun pengkomputeran awan mempunyai faedahnya, kebimbangan keselamatan mengen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Dineswaran Navarasan,, Elankovan A. Sundararajan,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23804/1/ST%209.pdf
http://journalarticle.ukm.my/23804/
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/34
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengkomputeran awan telah berkembang selama bertahun-tahun untuk mengatasi kekangan pengiraan dan penyimpanan peranti mudah alih. Kekangan storan boleh diatasi melalui storan awan dengan ketersediaan sambungan internet. Walaupun pengkomputeran awan mempunyai faedahnya, kebimbangan keselamatan mengenai data pengguna masih wujud. Data yang disimpan di dalam awan dihantar melalui Internet dimana pengguna tidak mempunyai kawalan dan terdedah kepada penyalahgunaan data yang disebabkan oleh perisian hasad atau serangan orang dalam. Kajian ini bertujuan untuk memastikan keselamatan data dalam berbilang awan awam dengan pelbagai jenis penyulitan, teknik penghirisan dan juga panduan penggnaan aplikasi tersedia untuk pengguna. Aplikasi yang dicadangkan akan menyulitkan data di mana berbilang algoritma penyulitan disediakan dan ia juga memberi pilihan kepada pengguna untuk memilih jenis teknik penghirisan yang hendak digunakan. Selepas fail disulitkan, fail akan dihiris kepada segmen- segmen kecil di mana ia akan menjalani proses perawakkan dan dimuat naik secara rawak pada berbilang storan awan yang berbeza. Pengguna yang masih baru dalam dunia digital akan dibekalkan dengan beberapa maklumat dan penjelasan ringkas tentang apa itu penyulitan dan cara teknik penghirisan berfungsi pada data mereka. Langkah keselamatan yang dilaksanakan akan menghalang penyalahgunaan data pada awan walaupun salah satu akaun awan digodam. Ia juga memberi pengguna kebebasan untuk memilih jenis penyulitan dan teknik penghirisan untuk digunakan pada fail peribadi mereka, memberikan lapisan keselamatan tambahan untuk mengelakkan data mereka daripada dicuri ataupun hilang.