Perkembangan konsep Islam moderat dan implikasinya terhadap keabsahan pemerintahan Emiriah Arab Bersatu (UAE)

Pengaruh agama dalam kajian politik mula mendapat perhatian kembali oleh para pengkaji selepas peristiwa Arab Spring tercetus yang telah memberi platform kepada gerakan-gerakan agama yang bersifat multinasional untuk menggugat kedudukan rejim pemerintah. Melalui persekitaran politik di rantau Timur...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sharifah Umairah Syed Mustaffa,, Abdul Muein Abadi,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23798/1/ST%203.pdf
http://journalarticle.ukm.my/23798/
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/34
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengaruh agama dalam kajian politik mula mendapat perhatian kembali oleh para pengkaji selepas peristiwa Arab Spring tercetus yang telah memberi platform kepada gerakan-gerakan agama yang bersifat multinasional untuk menggugat kedudukan rejim pemerintah. Melalui persekitaran politik di rantau Timur Tengah yang bersifat autokratik dan konservatif, kajian ini mengenalpasti tindakan agresif kerajaan UAE terhadap gerakan Islamis dan usaha mempromosikan perbahasan agama berkonsepkan Islam Moderat secara top-down bagi membentuk identiti agama yang berbeza dari negara-negara jiran. Analisis kualitatif melalui pengumpulan maklumat dan bahan rujukan bertujuan untuk 1) mengenalpasti sejarah dan faktor perkembangan Islam Moderat di UAE. Hipotesis awal pengkaji menegaskan bahawa terdapat tiga bentuk pendekatan kerajaan dalam menentukan acuan konsep Islam di UAE iaitu melalui kekerasan ke atas golongan Islamis, kawalan terhadap institusi agama dan mempromosikan naratif keserderhanaan melalui pelbagai platform di peringkat domestik mahupun antarabangsa. Tambahan lagi, kerajaan mempromosikan aliran yang saling bertentangan iaitu Neo-tradisionalis dan anti-tradisionalis, namun memiliki persamaan dari sudut pendirian terhadap pemisahan agama daripada campur tangan politik. Justeru, kajian ini akan meneliti konsep Islam Moderat di UAE dan implikasinya terhadap keabsahan rejim monarki.