Analisis pengkategorian spesis haiwan menerusi Kitab Kifāyah Al-Muhtadī Karya Syeikh Muhammad Nur Al-Faṭānī: perspektif Halal dan Zoologi

Karya Melayu klasik yang dikarang oleh para ilmuwan Islam terdahulu merupakan khazanah bernilai yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu seperti tauhid, ibadat, muamalat, jinayat dan munakahat. Kitab Kifayah al-Muhtadi yang dikarang oleh Syeikh Muhammad Nur al-Fathani menjadi antara sumber rujukan par...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Mahyeddin Mohd Salleh,, Mohd Anuar Mamat,, Mustafa ‘Afifi Ab. Halim,, Mohammad Najib Jaffar,, Nur Aida Md. Tamrin,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23795/1/%5B110%20%E2%80%93%20124%5D%2075504-248195-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/23795/
http://ejournal.ukm.my/jatma/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Karya Melayu klasik yang dikarang oleh para ilmuwan Islam terdahulu merupakan khazanah bernilai yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu seperti tauhid, ibadat, muamalat, jinayat dan munakahat. Kitab Kifayah al-Muhtadi yang dikarang oleh Syeikh Muhammad Nur al-Fathani menjadi antara sumber rujukan para ilmuwan kontemporari dalam mengetahui hukum makanan, termasuklah status haiwan yang halal dan haram. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa istilah yang kurang jelas maksudnya disebabkan oleh penggunaan istilah klasik, serta sesetengahnya jarang didengari oleh masyarakat kini. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kaedah pengkategorian haiwan halal dan haram yang terdapat di dalam kitab Kifayah al-Muhtadi, menganalisis istilah-istilah haiwan yang terdapat dalam karya tersebut dan menterjemahkannya ke dalam istilah moden yang bertepatan dengan ilmu sains haiwan dan zoologi. Metodologi kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan kaedah dokumentasi dan dianalisis secara tekstual/kandungan terhadap setiap spesies haiwan yang telah dinyatakan dalam karya tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat 66 spesies haiwan halal dan haram yang dinyatakan di dalam kitab tersebut, merangkumi empat kategori haiwan seperti: 1) binatang laut, 2) binatang darat 3) burung, dan 4) lain-lain kategori. Antara ruang penambah baikan yang perlu dilakukan adalah mencari definisi atau istilah yang lebih tepat bagi setiap spesis haiwan yang dinyatakan.