Perubahan morfologi bandar dan usaha pemuliharaan bandar lama kecil di Malaysia kajian kes: Bandar Chukai

Berdasarkan kaedah yang digariskan oleh UNESCO World Heritage Centre dalam Historic Urban Landscape (HUL), kaedah pemetaan yang komprehensif merupakan langkah awal bagi menjamin keberkesanan pemuliharaan bandar bersejarah. Dalam konteks kajian pemetaan di peringkat tempatan, Kuala Lumpur, Georgetown...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Afiq Wasie Mohd Asri,, Nor Zalina Harun,, Muhamad Solehin Fitry Rosley,, Khalilah Zakariya,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23791/1/%5B63%20%E2%80%93%2078%5D%2075483-248154-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/23791/
http://ejournal.ukm.my/jatma/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Berdasarkan kaedah yang digariskan oleh UNESCO World Heritage Centre dalam Historic Urban Landscape (HUL), kaedah pemetaan yang komprehensif merupakan langkah awal bagi menjamin keberkesanan pemuliharaan bandar bersejarah. Dalam konteks kajian pemetaan di peringkat tempatan, Kuala Lumpur, Georgetown dan Melaka adalah antara bukti pemuliharaan bandar bersejarah yang berkesan di Malaysia. Data pemetaannya telah diurus dengan baik sehingga mendorong kepada pelan pelaksanaan pemuliharaan yang lengkap. Namun situasi sebaliknya berlaku ke atas bandar bersejarah bersaiz kecil. Akibatnya, berlaku gangguan terhadap morfologi bandar bersejarah sehingga mengancam aset warisan setempat terutamanya melibatkan bangunan warisan. Justeru, kajian ini berhasrat untuk meneroka tahap pelaksanaan pemetaan warisan di sebuah bandar pesisir air iaitu Bandar Chukai, Terengganu. Selain itu, kajian ini turut mencadangkan data pemetaan terkini sebagai langkah terkehadapan dalam memelihara morfologi bandar bersejarah. Kajian ini memperoleh dapatan melalui data pemetaan yang pernah dilaksanakan secara berfasa dan temu bual separa berstruktur bersama pihak berautoriti dalam pelaksanaan kerja pemuliharaan bandar ini. Responden terdiri daripada pegawai muzium daerah, perancang bandar di peringkat daerah dan peringkat negeri. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan Analisa bertema yang bersandarkan kepada garis panduan daripada implementasi HUL. Hasil kajian mendapati berlakunya pengabaian pemuliharaan khususnya dalam pelaksanaan pemetaan oleh pihak berautoriti. Kelompongan ini lalu mendorong kepada gangguan morfologi bandar khususnya terhadap plot bangunannya. Kajian ini menyimpulkan bahawa kelompongan dalam peringkat awal pemuliharaan memerlukan perhatian serius. Sebagai salah satu kaedah penyelesaian, kajian ini mengemukakan penghasilan pemetaan terkini menggunakan kaedah GIS bagi tujuan rujukan kajian akan datang dalam konteks mengenal pasti aset warisan melalui bangunan warisan yang masih berdiri di Bandar Chukai.