Kajian Tinjauan Literatur Sistematik (SLR) berkaitan dialek Melayu menggunakan pendekatan program minimalis

Kajian mengenai dialektologi semakin berkembang dan mendapat tumpuan dalam kalangan sarjana bahasa di Malaysia. Antara isu yang dibahaskan meliputi pelbagai bidang kajian seperti fonologi, morfologi, dan semantik. Namun, kajian berkaitan dialek Melayu dari aspek sintaksis kurang mendapat perhatian d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Ain Alizuddin,, Fazal Mohamed Mohamed Sultan,, Siti Noraini Hamzah,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23759/1/214-224%2070873-245827-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/23759/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian mengenai dialektologi semakin berkembang dan mendapat tumpuan dalam kalangan sarjana bahasa di Malaysia. Antara isu yang dibahaskan meliputi pelbagai bidang kajian seperti fonologi, morfologi, dan semantik. Namun, kajian berkaitan dialek Melayu dari aspek sintaksis kurang mendapat perhatian dan masih memerlukan kajian lanjutan. Justeru, kajian ini memfokuskan kajian literatur sistematik (SLR) berkaitan dialek Melayu dari aspek sintaksis yang menggunakan pendekatan Program Minimalis (PM) dalam kajian terdahulu. Kajian kualitatif ini menerapkan reka bentuk analisis dokumen yang dihurai secara deskriptif berdasarkan analisis tinjauan literatur sistematik. Melalui enjin carian pangkalan Scopus, Web of Science (WOS), Science Direct, Google Scholar dan My Cite, artikel kajian yang menepati kriteria pemilihan telah dipilih dalam tempoh 13 tahun bermula pada tahun 2011 sehingga Januari 2024. Proses pemilihan artikel berdasarkan proses carta alir Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA). Seterusnya, analisis yang dilakukan merangkumi aspek latar belakang kajian, permasalahan, metodologi dan dapatan kajian terdahulu. Hasil kajian memperlihatkan sebanyak 12 artikel telah dikenal pasti dan menepati kriteria pemilihan. Walau bagaimanapun, artikel tersebut memfokuskan golongan kata kerja, kata kerja bantu dan kata soal. Oleh itu, kajian dialek dari aspek sintaksis perlu diperluas dan dintegrasikan dengan kajian akan datang untuk mengenal pasti isu baharu berkaitan dengan kajian dialek di Malaysia.