Naratif politik ‘khianat’ dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15): analisis 11 kerusi parlimen panas

Artikel ini berhujah bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang diadakan pada November 2022 merupakan satu titik perubahan bagi Pakatan Harapan (PH) terutama sekali PKR untuk merampas kembali 11 kerusi ahli parlimen mereka yang telah berpaling tadah sewaktu ‘Langkah Sheraton’. Dihujahkan bahawa nar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Shahidah Abdul Razak,, Fadhirul Hisham Aziz,, Mohd Faiz Ismail,, Norashikin Mohd Mokhtar,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23747/1/167-177%2070890-245795-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/23747/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini berhujah bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang diadakan pada November 2022 merupakan satu titik perubahan bagi Pakatan Harapan (PH) terutama sekali PKR untuk merampas kembali 11 kerusi ahli parlimen mereka yang telah berpaling tadah sewaktu ‘Langkah Sheraton’. Dihujahkan bahawa naratif khianat telah dibangkitkan sebagai satu strategi mobilisasi yang mampan dalam usaha untuk mengukuhkan semula identifikasi kepartian dalam konteks PH-PKR sebagai satu simbol untuk menggugat keberadaan rejim hibrid. Objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauhmanakah PKR mengolah naratif politik khianat untuk mengukuhkan kedudukan kepartian mereka di dalam konteks PRU15. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif deskriptif sebagai teknik untuk mengumpul, memperoleh, dan menganalisis data. Penulis juga berkesempatan untuk menjadikan kajian lapangan sebagai salah satu teknik untuk memperoleh data primer dengan mengunjungi beberapa kawasan Parlimen yang terpilih dan berkaitan dengan kajian penulis. Hasil kajian ini mendapati bahawa naratif politik yang dibangkitkan oleh PKR telah berjaya diolah dan hasilnya PKR berjaya merampas kembali beberapa buah kerusi tradisi mereka. Kajian ini mempersembahkan satu kerangka baharu di dalam konteks kajian pilihan raya dan politik Malaysia di mana ia dilihat sebagai satu platform yang berpotensi untuk dijadikan rujukan umum dan rujukan dasar.