Tingkah laku kepimpinan masyarakat Semai dalam Novel Ludaad
Kepimpinan ditakrifkan sebagai tingkat kepimpinan seseorang pemimpin iaitu pemimpin yang bertahap rendah, pertengahan atau tinggi. Dalam pada itu, Orang Asli atau Orang Asal pula merujuk kepada sekelompok penduduk bumiputera yang terdapat di Semenanjung Malaysia iaitu memiliki kepelbagaian sifat...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/23708/1/Akademika_94_1_7.pdf http://journalarticle.ukm.my/23708/ https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1701 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kepimpinan ditakrifkan sebagai tingkat kepimpinan seseorang pemimpin iaitu pemimpin yang bertahap rendah,
pertengahan atau tinggi. Dalam pada itu, Orang Asli atau Orang Asal pula merujuk kepada sekelompok penduduk
bumiputera yang terdapat di Semenanjung Malaysia iaitu memiliki kepelbagaian sifatnya sama ada dari sudut etnik
dan tempat tinggalnya. Kajian ini adalah untuk melihat kepimpinan masyarakat Semai dalam novel ‘Ludaad’ karya
Mahat A/L China. Kajian ini didasarkan kepada tingkah laku kepimpinan masyarakat Semai yang sering ditimbulkan
oleh pengarang dalam karyanya berdasarkan kaca mata beliau sendiri sebagai orang Semai. Fokus kajian ini adalah
untuk meneliti tingkah laku pemimpin dalam melaksanakan tugas-tugas sebagai ketua masyarakat bagi menyelesaikan
konflik-konflik yang berlaku dalam kalangan masyarakat Semai. Selain itu, kajian ini juga melihat sejauh manakah
faktor situasi mempengaruhi pemimpin dalam membuat keputusan berdasarkan tingkah laku yang diamalkan bagi
mengatasi konflik yang berlaku. Kaedah yang digunakan adalah kaedah kepustakaan, menganalisis kandungan teks dan
pengaplikasian Teori Laluan-Matlamat bagi menguatkan lagi hujah yang ingin disampaikan. Hasil kajian menunjukkan
bahawa tingkah laku kepimpinan melalui watak Penghulu Busu menepati empat dasar yang ditetapkan dalam Teori
Laluan-Matlamat. Rumusan daripada kajian ini menunjukkan bahawa Penghulu Busu mengamalkan tingkah laku yang
berbeza berdasarkan faktor peribadi sebagai ketua yang dihormati dan faktor persekitaran berdasarkan ancaman
orang asing. |
---|