Analisis tahap kebolehruntuhan tanah dengan menggunakan skala ROM: kajian di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi (An analysis of landslide level using the ROM scale: the case of the Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi campus)

Runtuhan tanah merupakan suatu proses geomorfologi yang biasa berlaku di kawasan beriklim tropika. Sehubungan itu, satu kajian telah dilakukan bagi menentukan tahap kebolehruntuhan tanah di cerun-cerun bermasalah di sekitar kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Sebanyak 12 lokasi cer...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mokhtar Jaafar,, Abdul Halim Yusof,, Asiah Yahaya,
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/2367/1/6.2011-3-artikel-mokhtar-melayu-edited_31.7.pdf
http://journalarticle.ukm.my/2367/
http://pkukmweb.ukm.my/geografia/v1/index.php
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Runtuhan tanah merupakan suatu proses geomorfologi yang biasa berlaku di kawasan beriklim tropika. Sehubungan itu, satu kajian telah dilakukan bagi menentukan tahap kebolehruntuhan tanah di cerun-cerun bermasalah di sekitar kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Sebanyak 12 lokasi cerun bermasalah terlibat dalam kajian ini. Skala ROM digunakan sebagai asas dalam menentukan tahap kebolehruntuhan tanah cerun bermasalah di kampus UKM, Bangi. Hasil kajian menunjukkan empat (P3, P6, P8 dan P9) lokasi cerun mempunyai tahap kebolehruntuhan tanah yang Kritikal, tiga (P4, P6 dan P7) dikategorikan sebagai Tinggi, tiga lagi Sederhana (P2, P5 dan P12) dan dua (P1 dan P11) sebagai Rendah. Komposisi tekstur tanih yang didominasi oleh pasir dan kelodak didapati sangat mempengaruhi tahap kebolehruntuhan tanah di setiap lokasi persampelan. Sehubungan itu, beberapa cerun bermasalah di sekitar kawasan kampus yang belum dimitigasi perlu dipulihkan segera bagi mengelak kemungkinan kejadian runtuhan tanah berskala besar daripada berlaku pada masa hadapan.