Analisis leksikografi perkataan Mahrūdatayn (ﻣﻬﺮودﺗين) dalam hadith

Perkataan mahrūdatayn merupakan antara perkataan arkaik yang disebut dalam hadith dalam Ṣaḥīḥ Muslim. Wacana mengenainya dapat dilihat dalam karya hadith, leksikografi, botani dan farmakologi ternyata menggambarkan maklumat yang berbeza untuk merujuk kepada bahan pewarna berasaskan tumbuhan. S...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rusni Mohamad,, Thuraya Ahmad,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23579/1/Gema%20Online_24_1_3.pdf
http://journalarticle.ukm.my/23579/
https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1648
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkataan mahrūdatayn merupakan antara perkataan arkaik yang disebut dalam hadith dalam Ṣaḥīḥ Muslim. Wacana mengenainya dapat dilihat dalam karya hadith, leksikografi, botani dan farmakologi ternyata menggambarkan maklumat yang berbeza untuk merujuk kepada bahan pewarna berasaskan tumbuhan. Sumber bahan pewarna sepertimana yang dinyatakan berkaitan dengan al-hurd, al-wars dan al-za ‘ farān. Untuk meneliti jenis tumbuhan berdasarkan bahan pewarnanya, kajian ini menggunakan metode kajian kualitatif berdasarkan kaedah dokumentasi dalam proses pengumpulan data. Kemudiannya data yang dikumpulkan akan dianalisis dengan menggunakan analisis kandungan. Pengkajian menurut leksikografi Arab, kajian ini mendapati mahrūdatayn merujuk kepada pokok asal yang bernama hurd atau kunyit (Curcuma longa) yang mana bahagian rizom atau rimpang tumbuhan ini adalah bahan pewarna yang berasal dari al-Hind (rantau India). Namun bagi al-wars (Flemingia grahamiana) bahan perwarna dihasilkan dengan menggunakan bahagian luar buah adapun al-za‘farān pula menggunakan stil bunganya. Walaubagaimanapun, dari aspek mengaitkan mahrūdatayn dengan al-wars dan al-za‘farān terdapat dua kemungkinan. Para sarjana sama ada menamakan semua pewarna kuning sebagai mahrūdatayn dan al-za‘farān juga antara nama bagi al-hurd. Walaupun perkataan mahrūdatayn adalah perkataan arkaik namun meneliti secara mendalam tentang maksudnya membuktikan pelbagai perkara disebalik namanya iaitu sejenis tumbuhan yang terkenal. Kajian ini mengesyorkan kajian lanjut mengenai tumbuh-tumbuhan dalam teks hadith.