Penyelesaian konflik dalam teks sastera Sejarah Hikayat Merong Mahawangsa

Artikel ini membincangkan aspek penyelesaian konflik yang dipaparkan dalam teks Hikayat Merong Mahawangsa. Konflik merupakan satu bentuk interaksi sosial yang melibatkan antara satu pihak dengan pihak lain yang saling menentang sekiranya berlaku percanggahan pandangan. Setiap konflik yang berlaku pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Nabilah Mohd Razi,, Muhd Norizam Jamian,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23545/1/526_535_714302360371PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/23545/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini membincangkan aspek penyelesaian konflik yang dipaparkan dalam teks Hikayat Merong Mahawangsa. Konflik merupakan satu bentuk interaksi sosial yang melibatkan antara satu pihak dengan pihak lain yang saling menentang sekiranya berlaku percanggahan pandangan. Setiap konflik yang berlaku perlu dileraikan dengan penyelesaian yang tertentu agar tidak menjadi barah dalam kehidupan masyarakat. Penyelesaian konflik merupakan kaedah untuk menangani atau mengatasi masalah yang terjadi dalam masyarakat. Kajian berkaitan aspek penyelesaian konflik dalam teks Hikayat Merong Mahawangsa belum diberikan penelitian secara khusus terutamanya daripada perspektif Ralf Dahrendorf. Kajian ini bertujuan menganalisis penyelesaian konflik yang dipaparkan dalam teks Hikayat Merong Mahawangsa. Kajian ini membataskan kepada teks sastera sejarah Hikayat Merong Mahawangsa yang dikaji oleh Siti Hawa Haji Salleh (1988). Seterusnya, artikel ini mengaplikasikan pendekatan kualitatif menerusi kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks. Sehubungan itu, penerapan teori penyelesaian konflik yang dikemukakan oleh Ralf Dahrendorf telah dipilih sebagai gagasan utama dalam penelitian kajian ini. Menerusi teori konflik Dahrendorf (1959), dua kaedah penyelesaian konflik sahaja yang diguna pakai iaitu penyelesaian secara konsiliasi dan penyelesaian secara mediasi sesuai dengan bentuk konflik yang terkandung dalam teks Hikayat Merong Mahawangsa. Hasil kajian mendapati penyelesaian konflik secara konsiliasi telah diaplikasikan untuk meleraikan konflik peribadi dan konflik rasial. Seterusnya, penyelesaian secara mediasi pula telah diaplikasikan dalam meleraikan konflik kuasa dan konflik antara kelas sosial. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Hikayat Merong Mahawangsa merupakan bukti kebijaksanaan masyarakat Melayu tradisional dalam menguruskan konflik serta krisis yang berlaku dengan penyelesaian yang berkesan.