Pembinaan Negara-Bangsa di Malaysia: sorotan dari segi sejarah dan cabarannya

Negara-bangsa ialah sebuah negara berdaulat yang mempunyai penduduk dengan kesedaran bahawa terdapat persamaan dalam kalangan mereka. Persamaan tersebut dapat dilihat dari segi tradisi lama, adat dan bahasa yang dikongsi bersama-sama dalam kalangan mereka yang tinggal di dalam sebuah wilayah negara-...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Khairul Ghufran Kaspin,, Mohd Samsudin,, Azlizan Mat Enh,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23541/1/481_491_714252360341PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/23541/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Negara-bangsa ialah sebuah negara berdaulat yang mempunyai penduduk dengan kesedaran bahawa terdapat persamaan dalam kalangan mereka. Persamaan tersebut dapat dilihat dari segi tradisi lama, adat dan bahasa yang dikongsi bersama-sama dalam kalangan mereka yang tinggal di dalam sebuah wilayah negara-bangsa. Dari sudut kewujudannya, sesebuah negara-bangsa merupakan entiti yang bebas daripada konsep dunia empayar. Di Malaysia, konsep asas pembinaan sebuah negara-bangsa telah wujud sejak zaman pemerintahan raja Melayu, manakala sistem pentadbiran ketika zaman penjajahan British pula telah memperkenalkan Tanah Melayu kepada konsep negara-bangsa moden. Justeru, kajian ini bertujuan menyoroti sejarah perjalanan pembinaan negara-bangsa malaysia yang merdeka dan cabaran-cabaran yang dihadapi negara dalam usaha mencapai tujuan tersebut. Makalah yang dihasilkan adalah berbentuk kajian kualitatif sejarah dengan menggunakan kaedah analisis dokumen. Disamping itu, kaedah penulisan dan analisis Sains Sosial juga digunakan bagi menghasilkan analisis penulisan yang lebih luas. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa proses pembinaan negara-bangsa di Malaysia merupakan sebuah proses yang berterusan atau ongoing process. Proses tersebut mula terbentuk melalui konsep tradisional negara-bangsa yang wujud sebelum zaman penjajahan British lagi dan seterusnya proses tersebut berkembang ketika zaman penjajahan dan terus berkembang setelah mencapai kemerdekaan mengikut perkembangan Tanah Melayu yang berfungsi sebagai sebuah negara-bangsa. Hingga pada era pasca-merdeka, dasar-dasar yang cuba diketengahkan oleh pihak pemerintah terus memperkasakan konsep negara-bangsa bagi membentuk bangsa idaman dan negara cita yang menjadi menjadi objektif semua negara yang merdeka. Makalah ini diharapkan dapat memberi gambaran terhadap perjalanan sejarah dan cabaran yang dihadapi oleh negara dalam usaha membentuk sebuah negara-bangsa idaman.