Perkembangan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET), Majlis Amanah Rakyat (MARA), 1968-2020

Kajian ini mengetengahkan perkembangan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional atau singkatannya iaitu TVET (Technical and Vocational Education Training) di bawah kelolaan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional menggunakan metod pendidikan dan latihan yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurfaain Anafi,, Arbaiyah Mohd Noor,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23527/1/351_363_694852359321PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/23527/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini mengetengahkan perkembangan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional atau singkatannya iaitu TVET (Technical and Vocational Education Training) di bawah kelolaan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional menggunakan metod pendidikan dan latihan yang cenderung ke arah pekerjaan yang mengutamakan amalan industri dalam pelbagai bidang berkaitan. TVET dikatakan menjadi pencetus dalam penghasilan modal insan yang berdaya saing dan berkemahiran tinggi sekaligus golongan ini mampu membawa kepada pembangunan ekonomi negara khususnya. MARA telah bertindak menubuhkan pelbagai institusi berunsurkan TVET bagi memenuhi keperluan golongan berkemahiran tinggi. Perbincangan difokuskan kepada sejauhmanakah pendidikan di bawah Institusi Pendidikan MARA (IPMa) TVET mampu memberi impak yang besar kepada negara. Objektif kajian adalah untuk menjelaskan program yang dilaksanakan, cabaran yang dihadapi oleh pihak MARA memperkasakan TVET dalam kalangan Bumiputera serta langkah yang diambil dalam menangani cabaran tersebut. Pendekatan kaedah penyelidikan yang dilaksanakan adalah secara kualitatif dan kuantitatif di mana kajian ini khususnya melibatkan sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer, diakses di Arkib Negara dan Arkib MARA. Oleh yang demikian, bagi menampung kelompangan sumber primer daripada Arkib MARA, kajian lapangan berbentuk temubual bersemuka dilakukan. Kajian ini dapat mengenal pasti program yang dilaksanakan, isu dan cabaran dalam memperkasakan TVET di negara kita. Maka, golongan berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang dapat dihasilkan sekaligus dapat memenuhi keperluan pasaran sepenuhnya. Sumber tenaga mahir dalam pelbagai bidang mampu mengangkat negara kita seiring bersama negara-negara moden yang lain sekaligus meletakkan negara menuju ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi.