Pengaruh komitmen kesatuan sekerja dan ideologi kesatuan sekerja terhadap penglibatan kesatuan sekerja dalam sektor telekomunikasi terpilih di Sabah

Penglibatan kesatuan sekerja merupakan penglibatan ahli-ahli kesatuan sekerja dalam tindakan kolektif dan aktiviti-aktiviti kesatuan sekerja yang menjadikan sebuah kesatuan sekerja itu mencapai objektif penubuhannya dalam organisasi. Penglibatan kesatuan sekerja adalah sebahagian daripada proses pem...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Fadilah Ahmad,, Kee Y Sabariah Kee Mohd Yussof,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23510/1/286_298_690412359222PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/23510/
http://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penglibatan kesatuan sekerja merupakan penglibatan ahli-ahli kesatuan sekerja dalam tindakan kolektif dan aktiviti-aktiviti kesatuan sekerja yang menjadikan sebuah kesatuan sekerja itu mencapai objektif penubuhannya dalam organisasi. Penglibatan kesatuan sekerja adalah sebahagian daripada proses pembuatan keputusan dan perancangan operasi organisasi di antara kesatuan sekerja dan pihak pengurusan. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap penglibatan kesatuan sekerja dan pengaruh komitmen kesatuan sekerja serta ideologi kesatuan sekerja terhadap penglibatan kesatuan sekerja di sektor telekomunikasi terpilih di Sabah. Kajian ini merupakan kajian rintis yang menggunakan pendekatan kuantitatif dengan melibatkan 30 orang ahli kesatuan sekerja. Analisis deskriptif serta analisis regresi linear digunakan bagi mencapai objektif kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap penglibatan kesatuan sekerja berada pada tahap tinggi. Model kajian ini adalah signifikan di mana komitmen kesatuan sekerja serta ideologi kesatuan sekerja mempengaruhi penglibatan kesatuan sekerja sebanyak 68 peratus. Ini menunjukkan teori penglibatan kesatuan sekerja boleh diimplementasikan dalam sektor telekomunikasi di Sabah.