Kajian terhadap karakter fizikal fakad bangunan bagi tipo-morfologi rumah kedai tradisional dan baharu di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur

Proses urbanisasi perbandaran mengakibatkan peningkatan keperluan penduduk dan perubahan gaya hidup lama ke moden. Pembangunan infrastruktur di pusat-pusat bandar lama di seluruh dunia turut berkembang pesat dari masa ke masa. Proses perkembangan morfologi bandar lama yang tidak terkawal banyak meng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Iskandar Abdul Malek,, Nor Haslina Ja`afar,, Ismar M.S Usman,, M.F.I Mohd-Nor,, Noorsaidi Mahat,, I Nyoman Gede Maha Putra,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23492/1/37.pdf
http://journalarticle.ukm.my/23492/
https://www.ukm.my/jkukm/si-6-1-2023/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Proses urbanisasi perbandaran mengakibatkan peningkatan keperluan penduduk dan perubahan gaya hidup lama ke moden. Pembangunan infrastruktur di pusat-pusat bandar lama di seluruh dunia turut berkembang pesat dari masa ke masa. Proses perkembangan morfologi bandar lama yang tidak terkawal banyak mengubah corak fabrik bandar terutama bangunan rumah kedai sekaligus mengubah karakter fizikal pada fakad bangunan serta kualiti rekabentuk skapbandar secara keseluruhan. Pengubahsuaian bangunan rumah kedai kepada binaan yang lebih moden mewujudkan tipologi bangunan yang tidak responsif kepada fabrik bandar dan konteks setempat. Perbezaan tipologi telah mempengaruhi kepentingan karakter fizikal sesuatu kawasan terhadap kualiti rekabentuknya. Ramai pengkaji dan tokoh dalam bidang pembandaran berpendapat bahawa tipologi bangunan baharu yang berubah disebabkan fasa morfologi bandar yang tidak terkawal ini meninggalkan pelbagai impak yang merugikan terhadap fabrik bandar dan masyarakat di dalam bandar. Makalah ini bertujuan mengenalpasti dan menganalisa karakter fizikal fakad bagi rumah kedai lama dan rumah kedai baharu yang mempengaruhi deretan tipologi rumah kedai yang berubah mengikut garis masa perbandaran. Kawasan kajian adalah terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman dimana satu blok bangunan yang terdiri daripada beberapa rumah kedai dipilih untuk dijadikan tapak kajian. Pemeriksaan empirikal daripada kajian ini menentukan kriteria karakter fizikal bangunan yang menyumbang kepada kualiti rekabentuk serta mendokumentasikan kesan karakter fizikal bangunan terhadap kualiti rekabentuk di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Oleh itu, hasil kajian dan dapatan yang diperoleh ini boleh dimanfaatkan sebagai pendedahan dan panduan kepada para arkitek dan perekabandar dalam memahami kepentingan karakter fizikal rumah kedai lama khususnya di Malaysia. Kata kunci: Tipo-morfologi; tipologi; karakter fizikal; fakad