Pendekatan Biomimikri - Ilham Alam Semula Jadi dalam Reka Bentuk Seni Bina

Biomimikri adalah bidang penyelidikan yang semakin berkembang dalam seni bina dan kejuruteraan. Ia disifatkan sebagai flora, fauna atau keseluruhan ekosistem yang dicontohi sebagai asas reka bentuk kerana potensi untuk mewujudkan persekitaran binaan yang lebih mampan atau regeneratif. Namun, satu ha...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Toh, Lai Fun, Shahril Ezral Shahril Izuan,, Zabidi Hamzah,, Noraziah Mohammad,, Mazlan Mohd Tahir,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23489/1/34.pdf
http://journalarticle.ukm.my/23489/
https://www.ukm.my/jkukm/si-6-1-2023/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Biomimikri adalah bidang penyelidikan yang semakin berkembang dalam seni bina dan kejuruteraan. Ia disifatkan sebagai flora, fauna atau keseluruhan ekosistem yang dicontohi sebagai asas reka bentuk kerana potensi untuk mewujudkan persekitaran binaan yang lebih mampan atau regeneratif. Namun, satu halangan yang perlu diperhatikan dalam aplikasi biomimikri iaitu dari segi kekurangan definisi yang jelas tentang pelbagai pendekatan biomimikri yang boleh digunakan oleh pereka. Objektif kajian termasuklah menganalisa biomimikri dan kaedah integrasinya dalam reka bentuk seni bina serta mengenalpasti pelbagai pendekatan biomimikri dalam reka bentuk seni bina. Melalui kajian pustaka, kertas kajian ini menghuraikan pendekatan berbeza untuk reka bentuk biomimikri. Perbandingan biomimikri dan ekomimikri telah diketengahkan untuk membincangkan perbezaan ciri-ciri yang membantu dalam reka bentuk. Pendekatan yang pelbagai ini boleh membawa kepada hasil yang berbeza dari segi kemampanan keseluruhan. Seterusnya, pendekatan biomimikri dalam reka bentuk seni bina yang menggabungkan pemahaman ekosistem semestinya boleh menjadi tunjang utama untuk mewujudkan persekitaran binaan dalam integrasi serta penjanaan semula ekosistem semula jadi. Daripada kajian, ia menjadi semakin jelas bahawa anjakan dalam pendekatan persekitaran binaan yang direka mesti dibuat Meniru kehidupan, termasuk interaksi kompleks antara organisma hidup yang membentuk ekosistem adalah contoh yang mudah didapati dan dipelajari Pendekatan ini memberi keuntungan bersama antara manusia dan alam semulajadi dan patut menjadi agenda masa hadapan.