Persepsi guru bahasa melayu di sekolah rendah terhadap standard guru Malaysia 2.0

Standard Guru Malaysia (SGM) merupakan piawaian yang menggariskan komptensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru-guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Kajian ini bertujuan untuk meninjau...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Lau, Lee Ling, Haryaneh Rahisin,, Chan, Ann Kee, Kong, Viliana Su Hung,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23383/1/BM_2.pdf
http://journalarticle.ukm.my/23383/
https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/view/353
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Standard Guru Malaysia (SGM) merupakan piawaian yang menggariskan komptensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru-guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru Bahasa Melayu di sekolah rendah terhadap SGM 2.0. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk tinjauan dalam bentuk kuantitatif. Data kajian ini diperolehi melalui kaedah soal selidik. Sejumlah 106 orang guru murid di sekolah rendah yang termasuk guru di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di daerah Klang, Selangor telah dipilih secara rawak mudah. Data-data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif (skor min dan sisihan piawai) dan statistik inferensi (ujian-t). Dapatan kajian menunjukkan persepsi guru Bahasa Melayu di sekolah rendah terhadap SGM 2.0 adalah positif. SGM 2.0 adalah satu dokumen rujukan yang komprehensif dapat membantu guru dalam pelaksanaan PdP yang berkesan dan semua guru jelas dengan tanggungjawab guru terhadap profesion, murid, ibu bapa, masyarakat dan negara. Pengkaji berharap kajian ini dapat memberi serba sedikit sumbangan dalam usaha melahirkan jiwa pendidik yang holistik dan sempurna.