Konsep Malaysian Malaysia sebagai tekanan politik mendapatkan kepentingan Singapura

Artikel ini membahaskan matlamat Lee Kuan Yew dalam menggagaskan perjuangan konsep Malaysian Malaysia. Konsep ini memperjuangkan pembinaan negara bangsa bercorak kepelbagaian kaum yang menolak penguasaan sesuatu kaum. Tujuannya adalah untuk membentuk penyatuan seluruh rakyat Malaysia yang terdiri da...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Hafiz Isa,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23327/1/671022224512PB%207.pdf
http://journalarticle.ukm.my/23327/
http://ejournal.ukm.my/jebat/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini membahaskan matlamat Lee Kuan Yew dalam menggagaskan perjuangan konsep Malaysian Malaysia. Konsep ini memperjuangkan pembinaan negara bangsa bercorak kepelbagaian kaum yang menolak penguasaan sesuatu kaum. Tujuannya adalah untuk membentuk penyatuan seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum sebagai satu bentuk bangsa. Malaysian Malaysia muncul sebagai idea pembinaan negara bangsa yang pertama dalam konteks pembentukan Persekutuan Malaysia iaitu melibatkan pembentukan bersama wilayah baru. Meskipun konsep Malaysian Malaysia dapat dinilai sebagai sebuah idea ke arah pembinaan negara bangsa. Akan tetapi konsep ini merupakan rentetan konflik politik antara Kerajaan Pusat di Kuala Lumpur dan pemerintahan Singapura yang diperintah oleh PAP. Konflik politik yang tercetus ini telah mempengaruhi pendekatan Lee Kuan Yew menggagaskan konsep Malaysian Malaysia. Maka, objektif penulisan ini adalah untuk menilai matlamat sebenar yang mempengaruhi tindakan Lee Kuan Yew menggagaskan perjuangan konsep Malaysian Malaysia. Kajian ini menggunakan metodologi kajian sejarah dengan melakukan analisis terhadap sumber primer seperti DO 169/527, DO 169/529, DO 169/530 dan DO 169/426. Kajian mendapati bahawa hasrat Lee Kuan Yew menuntut kepentingan Singapura dan kepentingan politik PAP telah mempengaruhi konflik antara Singapura dan Kerajaan Pusat. Konsep Malaysian Malaysia telah digagaskan sebagai bentuk provokasi dan tekanan kepada Kerajaan Pusat agar menerima tuntutan yang memihak kepada Singapura. Dapat diteliti bahawa hasrat Lee Kuan Yew memulihkan kepentingan Singapura secara utamanya merupakan faktor yang membawa kepada konsep Malaysian Malaysia digagaskan.