Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen amalan inovasi terbuka dalam pengkomersialan hasil penyelidikan di universiti

Amalan Inovasi terbuka semakin mendapat perhatian sebagai satu pendekatan yang dapat membantu meningkatkan kadar pengkomersialan hasil penyelidikan. Mengikut konteks universiti, amalan inovasi terbuka memainkan peranan penting dalam memupuk kerjasama, perkongsian pengetahuan dan pemindahan teknologi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Marina Muhammad Razaki,, Mohammad Ismail,, Nur Izzati Mohamad Anuar,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23298/1/Paper9.pdf
http://journalarticle.ukm.my/23298/
http://www.ukm.my/jqma
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Amalan Inovasi terbuka semakin mendapat perhatian sebagai satu pendekatan yang dapat membantu meningkatkan kadar pengkomersialan hasil penyelidikan. Mengikut konteks universiti, amalan inovasi terbuka memainkan peranan penting dalam memupuk kerjasama, perkongsian pengetahuan dan pemindahan teknologi antara akademia dan industri. Kajian ini merupakan kajian rintis yang bertujuan untuk meneroka dan menilai kesahan dan kebolehpercayaan instrumen amalan inovasi terbuka. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan data dikumpul secara tinjauan menggunakan soal selidik kepada 109 orang responden. Responden terdiri daripada pensyarah Universiti awam Malaysia yang terlibat secara aktif dalam pengkomersialan hasil penyelidikan. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) versi 25. Hasil analisis deskriptif mendapati bahawa responden sering kali mengamalkan inovasi terbuka dalam mengkomersialkan hasil penyelidikan mereka. Analisis Faktor Penerokaan (AFP) menunjukkan bahawa nilai Kaiser-Meyer-Olkin (KMO) melebihi 0.50 dan ujian Barlett’s Test of Sphericity menunjukkan hasil yang signifikan. Tidak ada item yang dihapus dalam kajian ini. Manakala hasil ujian kebolehpercayaan bagi sembilan item instrumen amalan inovasi terbuka ini adalah diterima dengan nilai alfa Cronbach 0.916. Kesimpulannya, penemuan kajian ini menunjukkan bahawa instrumen tersebut mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dan sedia untuk diuji pada peringkat seterusnya.