Kajian sejarah dan analisis tekstual terhadap tranformasi awal pemikiran dalam agama Kristian

Agama Kristian merupakan agama yang paling ramai pengikutnya di seluruh dunia pada masa ini. Penganutnya pula terdiri daripada berbilang bangsa dan keturunan. Salah satu ciri utama agama Kristian ialah ciri universal yang dianggap sesuai untuk semua manusia tanpa mengira keturunan dan bangsa....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zaifuddin Md Rasip,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23287/1/al-Hikmah_15_2_5.pdf
http://journalarticle.ukm.my/23287/
https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/issue/view/33
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Agama Kristian merupakan agama yang paling ramai pengikutnya di seluruh dunia pada masa ini. Penganutnya pula terdiri daripada berbilang bangsa dan keturunan. Salah satu ciri utama agama Kristian ialah ciri universal yang dianggap sesuai untuk semua manusia tanpa mengira keturunan dan bangsa. Sungguhpun demikian, ajaran yang dibawa oleh Jesus pada asalnya hanya untuk Bani Israel sahaja. Justeru, bagaimanakah agama ini boleh berubah menjadi agama yang bersifat universal? Pada masa yang sama juga terdapat banyak perbezaan antara ajaran agama Kristian sekarang dengan ajaran yang dibawa oleh Jesus. Objektif artikel ini adalah untuk membincangkan perbezaan ajaran Jesus seperti yang terkandung dalam Bible dengan agama Kristian sekarang. Artikel ini juga meneliti ayat-ayat Bible yang mengesahkan berlakunya tranformasi pemikiran dalam agama Kristian. Kajian ini menganalisis teks Bible dan mengenalpasti perubahan-perubahan yang berlaku dalam agama Kristian. Hasil kajian menemui wujud perbezaan antara ajaran Jesus dengan agama Kristian sekarang sekaligus membuktikan wujudnya tranformasi pemikiran dalam agama Kristian.