Had ta’lif dan sokongan sosial dalam mensejahterakan mualaf

Kehidupan mualaf sebagai orang yang baru dalam Agama Islam berhadapan dengan cabaran dan konflik tertentu. Cabaran ini antara lainnya ialah berkaitan tempoh mereka berada dalam status mualaf di samping keperluan sokongan bagi membolehkan mereka keluar daripada status tersebut. Hal ini tidak mu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Ghafar Don,, Anuar Puteh,, Ahmad Irdha Mokhtar,, Hasanah Abd Khafidz,, Khazri Osman,, Zulkefli Aini,, Nur Nazira Rahim,, Farid Zainal,, Md Rozalafri Johari,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23286/1/al-Hikmah_15_2_8.pdf
http://journalarticle.ukm.my/23286/
https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/issue/view/33
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kehidupan mualaf sebagai orang yang baru dalam Agama Islam berhadapan dengan cabaran dan konflik tertentu. Cabaran ini antara lainnya ialah berkaitan tempoh mereka berada dalam status mualaf di samping keperluan sokongan bagi membolehkan mereka keluar daripada status tersebut. Hal ini tidak mudah kerana ia berkaitan dengan keupayaan seseorang itu untuk menguasai asas ajaran Islam dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama berdasarkan enakmen pentadbiran Islam negeri-negeri di Malaysia. Sokongan sosial yang kuat mungkin boleh mempercepatkan proses mualaf keluar dari had ta’lif atau tempoh bergelar sebagai mualaf. Artikel ini membincangkan had ta’lif mualaf dan juga keperluan sokongan sosial bagi membolehkan mulaf keluar daripada status mualaf dan paling penting mengekalkan mereka dalam agama Islam. Penulisan artikel ini menggunakan kaedah analisis dokumen dengan merujuk al Qur’an, hadith, kitab turath, artikel jurnal dan lain-lain literatur berkaitan subjek kajian. Kaedah analisis data pula dilakukan secara tematik dengan membentu tema-tema tertentu yang mendokong tajuk kajian. Dapatan menunjukkan tempoh atau had ta’lif adalah perlu bagi memudahkan urusan berkaitan pentadbiran pihak berkuasa agama khususnya bantuan zakat. Manakala sakongan sosial dalam bentuk spiritual seperti bimbingan agama, nasihat atau kauseling atau dalam bentuk fizikal seperti bantuan material dan perlindungan keselamatan diperlukan mualaf bagi memastikan kesejahteraan hidup mereka sebagai seorang Muslim. Implikasi kajian ialah kedua-dua had ta’lif dan 120 | Had Ta’lif dan Sokongan Sosial dalam Mensejahterakan Mualaf sokongan sosial adalah signifikan dengan kehidupan mualaf dan menjadi kewajipan masyarakat Islam untuk cakna terhadap kehidupan mereka.