Persepsi dan sikap mualaf terhadap impak pandemik Covid-19 di Terengganu

Komuniti mualaf di Terengganu adalah meliputi pelbagai bangsa, peringkat usia dan pendidikan, latar belakang pendidikan dan pekerjaan yang berbeza. Langkah kawalan pergerakan yang diperkenalkan oleh kerajaan ketika negara dilanda pandemik COVID-19 memberi pelbagai impak ke atas komuniti mualaf...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Azarudin Awang,, Norhana Abdullah @ Ng Siew Boey,, Che Norzila Sulong,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23279/1/al-Hikmah_15_2_1.pdf
http://journalarticle.ukm.my/23279/
https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/issue/view/33
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Komuniti mualaf di Terengganu adalah meliputi pelbagai bangsa, peringkat usia dan pendidikan, latar belakang pendidikan dan pekerjaan yang berbeza. Langkah kawalan pergerakan yang diperkenalkan oleh kerajaan ketika negara dilanda pandemik COVID-19 memberi pelbagai impak ke atas komuniti mualaf. Penutupan dan keterbatasan operasi terhadap pelbagai sektor ekonomi menyebabkan ramai dalam kalangan warga mualaf di negeri ini telah terjejas sumber pendapatan mereka. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti persepsi dan sikap mualaf terhadap impak pandemik COVID-19 di Terengganu. Selain itu, menganalisis hubungan demografi mualaf terhadap persepsi dan sikap mereka ketika berhadapan dengan pandemik COVID-19. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan bilangan sampel adalah seramai 133 orang mualaf di Terengganu dan menggunakan borang soal selidik berskala Likert 5 yang diedarkan melalui Google Form. Selanjutnya borang soal selidik dianalisis menggunakan peratus, min dan sisihan piawai, ujian-t dan ujian ANOVA sehala bagi melihat persepsi dan sikap mualaf ketika berhadapan pandemik COVID-19. Hasil kajian menunjukkan bahawa persepsi mualaf terhadap pandemik COVID-19 memberi tekanan hidup yang tinggi kepada mereka. Sebahagian mualaf mengambil langkah seperti melakukan kerja tambahan, meminta bantuan tambahan malah ada juga yang meluahkan tekanan perasaannya kepada rakan taulan atau pihak yang berkaitan agar segala permasalahan yang melanda dapat diselesaikan. Kajian ini adalah penting kerana ia menjelaskan gambaran sebenar tentang kemelut yang berlaku bagi komuniti mualaf di negeri Terengganu ketika meletusnya pandemik COVID-19. Seterusnya ia menjadi rujukan kepada pihak yang berkaitan untuk mengambil langkah yang sewajarnya.