Sorotan literatur bersistematik: pandemik dalam sastera kembara Islami

Sastera kembara merupakan sumber yang kaya dengan pengajaran dalam menghadapi cabaran kehidupan. Karya genre ini menzahirkan cerminan nilai dan pemikiran sesebuah masyarakat dalam pelbagai situasi termasuk pandemik. Kebelakangan ini, isu berkaitan pandemik sering kali dikaji; namun begitu kajian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Asyiqin Zohkarnain,, Firuz-Akhtar Lubis,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23234/1/Islamiyyat_45_2_7.pdf
http://journalarticle.ukm.my/23234/
https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1629
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sastera kembara merupakan sumber yang kaya dengan pengajaran dalam menghadapi cabaran kehidupan. Karya genre ini menzahirkan cerminan nilai dan pemikiran sesebuah masyarakat dalam pelbagai situasi termasuk pandemik. Kebelakangan ini, isu berkaitan pandemik sering kali dikaji; namun begitu kajian mengenai pandemik dari perspektif sastera kembara Islami masih berkurangan. Bagi mengatasi kekurangan tersebut, artikel ini bertujuan membahaskan sorotan literatur bersistematik ke atas kajian lepas yang berkaitan pandemik dalam sastera kembara Islami. Proses penulisan SLR (Systematic Literature Review) ini telah merujuk kepada standard PRISMA (Preferred Reporting Items for Systematic Review and Meta-Analysis). Bagi mencari artikel dan sumber berkaitan untuk disertakan dalam SLR ini, dua pangkalan data utama iaitu Scopus dan Web of Science serta pangkalan data sokongan seperti Google Scholar turut digunakan. Berdasarkan analisis tematik, kajian SLR (Systematic Literature Review) ini mempunyai tema pandemik dalam sastera kembara Islami yang terdiri daripada dua subtema utama iaitu 1) sejarah penularan pandemik dalam sastera kembara Islami dan 2) sistem kuarantin semasa pandemik. Hasil dapatan dalam kajian SLR ini terdapat 4 artikel/rujukan sahaja yang membahaskan pandemik dalam sastera kembara Islami khususnya mengenai sosiologi masyarakat ketika menghadapi pandemik. Akhir sekali SLR ini boleh menjadi rujukan dan menggalakkan penyelidik untuk menerokai karya kesusasteraan kembara Islami kerana karya genre ini dapat memberi gambaran mengenai tanggapan masyarakat terhadap pandemik serta kaitannya dengan sosiologi kehidupan, sekaligus memberi panduan dan iktibar dalam menghadapi pandemik masa kini dan akan datang.