Aktiviti kemasyarakatan pesta makan tahun kaum Kedayan di Limbang, Sarawak

Makan Tahun atau kenduri kesyukuran adalah satu amalan tradisi tahunan kaum Kedayan di Limbang, Sarawak. Warga bukan Kedayan turut terlibat sama dalam penganjurannya walaupun ia adalah satu amalan ritual. Sehubungan itu, makalah ini bertujuan meneliti proses aktiviti Makan Tahun dan penglibatan masy...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Afifah Vanitha Abdullah,, Nur Haidatul Atirah Hasnan,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23193/1/3%20623472275381PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/23193/
https://ejournal.ukm.my/gmjss/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-ukm.journal.23193
record_format eprints
spelling my-ukm.journal.231932024-03-14T01:40:00Z http://journalarticle.ukm.my/23193/ Aktiviti kemasyarakatan pesta makan tahun kaum Kedayan di Limbang, Sarawak Nur Afifah Vanitha Abdullah, Nur Haidatul Atirah Hasnan, Makan Tahun atau kenduri kesyukuran adalah satu amalan tradisi tahunan kaum Kedayan di Limbang, Sarawak. Warga bukan Kedayan turut terlibat sama dalam penganjurannya walaupun ia adalah satu amalan ritual. Sehubungan itu, makalah ini bertujuan meneliti proses aktiviti Makan Tahun dan penglibatan masyarakat Kedayan dan bukan Kedayan dalam menganjurkan program ini dengan menjayanya. Bagi tujuan tersebut, penganjuran Makan Tahun dari tahun 2015 sehingga tahun 2022 dipilih sebagai kajian kes. Rekabentuk kajian fundamental dirangka dengan mengaplikasi kaedah kualitatif untuk memperolehi data bagi kajian ini. Manakala instrumen kajian ini adalah kaedah perpustakaan, pemerhatian turut serta dan temubual. Informan kajian ini terdiri daripada ahli jawatankuasa tertinggi penganjuran program Makan Tahun dari tahun 2015 dan 2022, seperti ketua-ketua kaum dan ketua-ketua kampung di Limbang. Konsep ‘the nest’ dalam ‘teori persembahan’ (2003) Schechner, R. diaplikasi sebagai kerangka analisis bagi mengenalpasti proses dan peranan masyarakat Limbang dalam menganjurkan Pesta Makan Tahun. Dapatan kajian ini adalah, masyarakat Kedayan masih kuat berpegang kepada budaya bermesyuarat, bekerjasama, dan bergotong royong dalam menyempurnakan acara ini. Semua ahli masyarakat terlibat dalam proses pra persembahan, berkumpul, mementaskan dan bersurai. Keempat-empat proses ini juga membuktikan bahawa masyarakat Kedayan masih teguh meneruskan amalan tradisi dari segi ritual dan budaya mereka. Penganjuran Pesta Makan Tahun berskala besar ini adalah satu kaedah bagi mengeratkan hubungan sesama masyarakat Kedayan dan bukan Kedayan. Kaum Kedayan bertindak sebagai tonggak utama penganjuran Makan Tahun, sementara kaum-kaum lain memainkan peranan sampingan bagi menyokong kejayaan acara ini. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023-11-30 Article PeerReviewed application/pdf en http://journalarticle.ukm.my/23193/1/3%20623472275381PB.pdf Nur Afifah Vanitha Abdullah, and Nur Haidatul Atirah Hasnan, (2023) Aktiviti kemasyarakatan pesta makan tahun kaum Kedayan di Limbang, Sarawak. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 19 (4). pp. 179-193. ISSN 2180-2491 https://ejournal.ukm.my/gmjss/index
institution Universiti Kebangsaan Malaysia
building Tun Sri Lanang Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Kebangsaan Malaysia
content_source UKM Journal Article Repository
url_provider http://journalarticle.ukm.my/
language English
description Makan Tahun atau kenduri kesyukuran adalah satu amalan tradisi tahunan kaum Kedayan di Limbang, Sarawak. Warga bukan Kedayan turut terlibat sama dalam penganjurannya walaupun ia adalah satu amalan ritual. Sehubungan itu, makalah ini bertujuan meneliti proses aktiviti Makan Tahun dan penglibatan masyarakat Kedayan dan bukan Kedayan dalam menganjurkan program ini dengan menjayanya. Bagi tujuan tersebut, penganjuran Makan Tahun dari tahun 2015 sehingga tahun 2022 dipilih sebagai kajian kes. Rekabentuk kajian fundamental dirangka dengan mengaplikasi kaedah kualitatif untuk memperolehi data bagi kajian ini. Manakala instrumen kajian ini adalah kaedah perpustakaan, pemerhatian turut serta dan temubual. Informan kajian ini terdiri daripada ahli jawatankuasa tertinggi penganjuran program Makan Tahun dari tahun 2015 dan 2022, seperti ketua-ketua kaum dan ketua-ketua kampung di Limbang. Konsep ‘the nest’ dalam ‘teori persembahan’ (2003) Schechner, R. diaplikasi sebagai kerangka analisis bagi mengenalpasti proses dan peranan masyarakat Limbang dalam menganjurkan Pesta Makan Tahun. Dapatan kajian ini adalah, masyarakat Kedayan masih kuat berpegang kepada budaya bermesyuarat, bekerjasama, dan bergotong royong dalam menyempurnakan acara ini. Semua ahli masyarakat terlibat dalam proses pra persembahan, berkumpul, mementaskan dan bersurai. Keempat-empat proses ini juga membuktikan bahawa masyarakat Kedayan masih teguh meneruskan amalan tradisi dari segi ritual dan budaya mereka. Penganjuran Pesta Makan Tahun berskala besar ini adalah satu kaedah bagi mengeratkan hubungan sesama masyarakat Kedayan dan bukan Kedayan. Kaum Kedayan bertindak sebagai tonggak utama penganjuran Makan Tahun, sementara kaum-kaum lain memainkan peranan sampingan bagi menyokong kejayaan acara ini.
format Article
author Nur Afifah Vanitha Abdullah,
Nur Haidatul Atirah Hasnan,
spellingShingle Nur Afifah Vanitha Abdullah,
Nur Haidatul Atirah Hasnan,
Aktiviti kemasyarakatan pesta makan tahun kaum Kedayan di Limbang, Sarawak
author_facet Nur Afifah Vanitha Abdullah,
Nur Haidatul Atirah Hasnan,
author_sort Nur Afifah Vanitha Abdullah,
title Aktiviti kemasyarakatan pesta makan tahun kaum Kedayan di Limbang, Sarawak
title_short Aktiviti kemasyarakatan pesta makan tahun kaum Kedayan di Limbang, Sarawak
title_full Aktiviti kemasyarakatan pesta makan tahun kaum Kedayan di Limbang, Sarawak
title_fullStr Aktiviti kemasyarakatan pesta makan tahun kaum Kedayan di Limbang, Sarawak
title_full_unstemmed Aktiviti kemasyarakatan pesta makan tahun kaum Kedayan di Limbang, Sarawak
title_sort aktiviti kemasyarakatan pesta makan tahun kaum kedayan di limbang, sarawak
publisher Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
publishDate 2023
url http://journalarticle.ukm.my/23193/1/3%20623472275381PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/23193/
https://ejournal.ukm.my/gmjss/index
_version_ 1794552823196680192
score 13.160551