Persepsi Petani Koko terhadap peranan pegawai pertanian dalam inovasi pertanian di Sabah

Kelestarian pertanian merupakan strategi Lembaga Koko Malaysia (LKM) bagi membantu petani koko ke arah membasmi kemiskinan melalui peningkatan produktiviti komoditi. Strategi ini signifikan kepada petani berusia yang berhadapan dengan isu penurunan kualiti dan kuantiti biji koko. Kelestarian pertani...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Noviatin Syarifuddin,, Abdul Hafiz Ab Rahman,, Sarina Yusoff,, Azlizan Mat Enh,, Al-Amril Othman,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23070/1/678812252621PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/23070/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kelestarian pertanian merupakan strategi Lembaga Koko Malaysia (LKM) bagi membantu petani koko ke arah membasmi kemiskinan melalui peningkatan produktiviti komoditi. Strategi ini signifikan kepada petani berusia yang berhadapan dengan isu penurunan kualiti dan kuantiti biji koko. Kelestarian pertanian petani koko memerlukan penglibatan agensi pertanian melalui peranan pegawai pertanian untuk membawa inovasi pertanian. Sehubungan itu, kajian bertujuan untuk mengenal pasti persepsi petani terhadap peranan pegawai pertanian dalam membawa inovasi pertanian di Sabah. Kajian kuantitatif dengan pendekatan penyelidikan tinjauan dilaksanakan ke atas 195 orang petani. Borang soal selidik digunakan sebagai alat pengumpulan data. Taburan responden yang dibanci merangkumi daerah Pulau Sebatik, Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Sandakan dan Kinabatangan. Landasan teori adalah berdasarkan Teori Peranan Ejen Perubahan yang diolah dalam konteks peranan pegawai pertanian untuk menginovasi pertanian. Hasil kajian tentang tahap peranan ejen perubahan menurut persepsi petani adalah tinggi dan didominasi oleh peranan sebagai pemangkin perubahan. Diikuti, dengan peranan pegawai pertanian sebagai penyelesai masalah, pembantu proses dan penghubung sumber. Penemuan kajian memberi implikasi kepada pengkayaan ilmu melalui tumpuan isu pembangunan pertanian luar bandar. Dapatan kajian memberi kefahaman baharu kepada teori yang menjelaskan keperluan peranan pegawai pertanian sebagai perantara LKM untuk menginovasi pertanian. Ini bertepatan dengan usaha LKM bagi melestari industri koko negara.