Pengaruh faktor personaliti dan teknostres teknologi berlebihan terhadap keberkesanan gaya kepimpinan teknologi

Kajian terdahulu telah membuktikan kepentingan gaya kepimpinan teknologi terhadap perkembangan organisasi moden. Walau bagaimanapun, kajian yang mengukur kepimpinan daripada pelbagai dimensi tidak menjurus secara khusus kepada gaya kepimpinan teknologi berlandaskan ICT dan secara relatif, kajian men...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zainil Hanim Saidin,, Siti Haslina Md Harizan,, Muhammad Firdaus Mohd Hanip,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23034/1/635852252171PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/23034/
http://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian terdahulu telah membuktikan kepentingan gaya kepimpinan teknologi terhadap perkembangan organisasi moden. Walau bagaimanapun, kajian yang mengukur kepimpinan daripada pelbagai dimensi tidak menjurus secara khusus kepada gaya kepimpinan teknologi berlandaskan ICT dan secara relatif, kajian mengenainya juga masih kurang serta tidak komprehensif. Sekiranya faktor kemanusiaan individu seperti personaliti dan teknostres berlebihan tidak diuruskan dengan lebih baik, ia akan memberi kesan buruk kepada organisasi seperti kadar pusing ganti pekerja yang tinggi akibat pekerja tidak dapat berkembang seiring dengan kepesatan teknologi. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat dengan lebih terperinci kesan personaliti individu bersama teknostres teknologi berlebihan dan bagaimana kedua-duanya memberi kesan terhadap gaya kepimpinan teknologi. Kajian ini dibuat berpandukan Teori Personaliti Big Five yang mengupas faktor dalaman individu iaitu personaliti dan stres yang didapati memberi kesan kepada kepimpinan khususnya aspek keberkesanan gaya kepimpinan teknologi. Sebanyak 316 set borang soal selidik telah dikumpul daripada para pelajar separuh masa Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia yang juga merupakan pekerja di pelbagai organisasi di seluruh Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan kedua-dua pemboleh ubah tidak bersandar iaitu teknostres teknologi berlebihan dan personaliti mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan gaya kepimpinan teknologi. Kajian ini boleh memberi panduan kepada pemimpin organisasi khususnya dalam mencari titik keseimbangan antara menguruskan manusia dan teknologi melalui pengurusan organisasi yang strategik.