Kaedah adaptasi sastera pada Filem: Satu Kajian perbandingan antara cerpen Amerika ‘Barn Burning’ dengan Filem Melayu “Kaki Bakar”

“Kaki Bakar” adalah sebuah filem adaptasi sastera berasaskan sebuah cerpen Amerika, ‘Barn Burning’. Filem tersebut lakon layarnya ditulis serta diarah oleh U-Wei Haji Saari dan terbit pada tahun 1995. Di sebalik kejayaan dan juga kekuatan yang dimiliki filem ini, kajian secara ilmiah masih tidak ban...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamed Nazreen Shahul Hamid,
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysian 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22995/1/komunikasi_6.pdf
http://journalarticle.ukm.my/22995/
https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1610
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:“Kaki Bakar” adalah sebuah filem adaptasi sastera berasaskan sebuah cerpen Amerika, ‘Barn Burning’. Filem tersebut lakon layarnya ditulis serta diarah oleh U-Wei Haji Saari dan terbit pada tahun 1995. Di sebalik kejayaan dan juga kekuatan yang dimiliki filem ini, kajian secara ilmiah masih tidak banyak dilakukan terutamanya berkaitan adaptasi sastera. Oleh itu, objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis kaedah adaptasi yang digunakan pengarah filem dan penulis lakon layar dalam mentransformasi cerpen ‘Barn Burning’ kepada filem “Kaki Bakar”. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif bersifat deskriptif. Kaedah ini diaplikasikan dengan melakukan perbandingan terhadap kedua-dua karya tersebut berpandukan teori adaptasi sastera. Perbandingan ini terbahagi kepada empat bahagian, iaitu bahagian yang ditambah, bahagian yang dibuang, bahagian yang dikekalkan dan juga bahagian yang diubahsuai. Melalui perbandingan yang dilakukan, kajian mendapati bahawa U-Wei menggunakan kaedah “interweaving” dalam mengadaptasi cerpen ‘Barn Burning’ kepada filem “Kaki Bakar”. U-Wei mengambil hampir sepenuhnya elemen naratif yang terkandung dalam cerpen ‘Barn Burning’ dan kemudian melakukan pengubahsuaian tertentu mengikut kehendak filem yang berlatarkan Alam Melayu dan bukannya Amerika seperti mana cerpen tersebut. Kajian ini penting bagi mengisi kelompangan kajian terdahulu dan juga menjadi rujukan kepada industri perfileman dalam usaha mengangkat karya sastera luar menjadi filem tempatan yang berkualiti.