Konda-kondi: the legend - permainan tradisional realiti terimbuh

Permainan tradisional Melayu merupakan warisan budaya yang semakin dipinggirkan oleh generasi muda. Antara faktor penyumbang masalah ini adalah generasi muda lebih tertarik dengan permainan moden yang mudah dimainkan pada konsol permainan atau telefon bimbit. Kajian ini mencadangkan suatu inovasi pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Norleyza Jailani,, Muhammad Irfan Ahmad Najib,, Azmin Sham Rambely,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22976/1/AL%208.pdf
http://journalarticle.ukm.my/22976/
https://ejournal.ukm.my/ajtlhe/issue/view/1643
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Permainan tradisional Melayu merupakan warisan budaya yang semakin dipinggirkan oleh generasi muda. Antara faktor penyumbang masalah ini adalah generasi muda lebih tertarik dengan permainan moden yang mudah dimainkan pada konsol permainan atau telefon bimbit. Kajian ini mencadangkan suatu inovasi permainan tradisional Konda-kondi menggunakan teknologi realiti terimbuh yang boleh dimainkan pada telefon pintar. Kaedah ATUMICS telah digunakan dalam reka bentuk dan pembangunan permainan ini yang mengenal pasti pemetaan elemen permainan tradisional ke inovasi aplikasi Konda-kondi: The Legend, di samping elemen baharu lain yang diperkenalkan. Antara elemen warisan budaya Melayu yang dimasukkan dalam reka bentuk permainan adalah rumah Kutai Perak, baju Melayu Cekak Musang dan Teluk Belanga serta muzik gamelan. Soal selidik terhadap pengguna aplikasi permainan ini mendapati dari segi penglibatan pengguna (user engagement), 100% bersetuju bahawa mereka seronok bermain permainan dengan 75% memberi respon sangat setuju. Manakala 75% responden bersetuju bahawa teknologi realiti terimbuh meningkatkan pengalaman permainan secara keseluruhan.