Memahami hubungan sivil-tentera di Thailand dari perspektif concordance: satu analisis

Hubungan sivil-tentera Thailand sering berada dalam keadaan antagonisme dan menjadi subjek pemerhatian kerana tindakan-tindakan tidak demokratik institusi ketenteraan, terutamanya kudeta yang kerap dilakukan. Ia sedikit sebanyak menyumbang kepada pembantutan proses pendemokrasian dan polarisasi ekst...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Durrah Abd Malek,, Muhamad Nadzri Mohamed Noor,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22946/1/JT%201.pdf
http://journalarticle.ukm.my/22946/
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/31
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Hubungan sivil-tentera Thailand sering berada dalam keadaan antagonisme dan menjadi subjek pemerhatian kerana tindakan-tindakan tidak demokratik institusi ketenteraan, terutamanya kudeta yang kerap dilakukan. Ia sedikit sebanyak menyumbang kepada pembantutan proses pendemokrasian dan polarisasi ekstrem dalam politik domestik Thailand. Namun, lanskap ini terhasil daripada kurangnya keazaman politik dan persetujuan dalam kalangan pihak-pihak berkepentingan untuk mewujudkan satu ekosistem politik domestik yang boleh memenuhi kehendak semua pihak dan membawa kepada kestabilan politik. Teori concordance yang dikembangkan oleh Rebecca Schiff tidak pernah digunakan ke atas hubungan sivil-tentera Thailand dan model ini memberikan satu alternatif yang berbeza dari teori institusi Huntington: matlamat hubungan sivil-tentera yang baik adalah kestabilan politik dan bukan demokrasi semata-mata. Melalui kajian ini, pengkaji akan mengaplikasikanmodel ini dan menganalisa kemungkinan sebuah hubungan sivil-tentera yang stabil dan profesional di Thailand sekiranya ia menurut prasyarat-prasyarat yang digariskan oleh teori concordance.