Perkembangan perikanan laut Terengganu: 1964-1984

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji sejarah industri perikanan laut di Malaysia dengan mengkhususkan kepada industri perikanan laut di negeri Terengganu pada tahun 1964 hingga 1984. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan dengan menganalis...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rosmaliza Daud,, Al-Amril Othman,, Zuliskandar Ramli,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22925/1/7%20His%20Rosmaliz%20Daud.pdf
http://journalarticle.ukm.my/22925/
https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji sejarah industri perikanan laut di Malaysia dengan mengkhususkan kepada industri perikanan laut di negeri Terengganu pada tahun 1964 hingga 1984. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan dengan menganalisis sumber pertama yang melibatkan rekod-rekod, dokumen-dokumen dan fail-fail yang berkaitan dengan tajuk kajian yang terdapat di Arkib Negara Malaysia Kuala Lumpur, di Kuala Terengganu. Dalam penelitian kualitatif ini, penyelidik menggunakan kaedah kajian kepustakaan, sumber lisan melalui temu bual di kawasan kajian supaya kajian ini mengambil kira pemikiran mereka dalam industri perikanan terutamanya dalam industri perikanan laut. Artikel ini bertujuan untuk meneliti perkembangan industri perikanan laut di Terengganu. Ikan merupakan sumber protein, pendapatan dan perdagangan utama bagi setiap nelayan. Undang-undang perikanan laut di Malaysia bermula selepas kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajahan Inggeris. Undang-Undang Perikanan di Malaysia digubal pada tahun 1963, 1977 dan 1984. Undang-Undang Perikanan yang dikuatkuasakan pada tahun 1984 dan penstrukturan organisasi kerja dalam industri perikanan laut menjadi lebih sistematik. Oleh itu, organisasi kerja menjadi lebih tersusun. Dengan itu, hasil dapatan penyelidikan ini menunjukkan kejayaan dalam industri perikanan laut Terengganu, kerana organisasi yang menguruskan industri perikanan laut Terengganu memiliki kekuatan dalam semua aspek termasuk dalam memberi latihan kepada penggiat dalam industri perikanan laut Terengganu, sama ada untuk pembangunan modal insan, dan mereka yang terlibat dalam industri hiliran secara holistik.