Perbandingan unsur patriotik dan gaya bahasa antara lirik lagu Lili Marleen dan Perwira

sesuatu tujuan berupa perasaan atau emosi kepada jiwa pendengar. Muzik atau lagu dirasakan dapat menjadi medium yang sesuai untuk memupuk perasaan sayang dan cinta bukan sekadar sesama manusia, tetapi juga terhadap agama, bangsa dan negara. Kebanyakan lagu klasik telah lama dilupakan oleh generasi z...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Farhana Muslim Mohd Jalis,, Syasya Afifah Jusni,, Salmah Jan Noor Muhammad,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22906/1/jatma%202023%201103%2007.pdf
http://journalarticle.ukm.my/22906/
http://ejournal.ukm.my/jatma/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:sesuatu tujuan berupa perasaan atau emosi kepada jiwa pendengar. Muzik atau lagu dirasakan dapat menjadi medium yang sesuai untuk memupuk perasaan sayang dan cinta bukan sekadar sesama manusia, tetapi juga terhadap agama, bangsa dan negara. Kebanyakan lagu klasik telah lama dilupakan oleh generasi zaman sekarang selain turut menghiraukan nilai-nilai penting tujuan lagu itu dihasilkan. Makalah ini memberikan tumpuan terhadap unsur gaya bahasa dan unsur patriotik yang terdapat dalam dua buah lirik lagu. Kajian ini melibatkan lirik lagu daripada lagu Lili Marleen (1945) dan Perwira (1965) yang dinyanyikan oleh Marlene Dietrich dan Puan Sri Saloma. Kajian kualitatif ini menggunakan Teori Unsur Patriotik oleh Nazri Muslim & Jamsari Alias (2004) dan juga Teori Unsur Gaya Bahasa oleh Nik Hassan Basri (2005) sebagai metedologi kajian. Objektif utama kajian ini adalah untuk membandingkan unsur patriotik dan menganalisis gaya bahasa yang digunakan dalam kedua-dua lagu tersebut. Bagi mencapai objektif kajian yang dirancangkan, kaedah pemerhatian dan analisis teks dilakukan terhadap kedua-dua lirik lagu tersebut dengan menggunakan teori stilistik yang diasaskan oleh Tarigan pada 2009. Kajian rentas bahasa ini seharusnya dipergiatkan lagi untuk melihat keunikan penggunaan gaya bahasa antara bahasa yang dikaji. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat unsur-unsur patriotik seperti percintaan, perjuangan dan berbakti. Manakala unsur gaya bahasa yang diperoleh daripada kedua-dua lirik lagu ini ialah anafora, asonansi, aliterasi dan juga metafora. Kajian ini diharapkan dapat dijadikan sebagai panduan dan rujukan bagi kajian akan datang terutamanya kajian rentas bidang yang berminat untuk menjalankan kajian lanjutan dari sudut elemen stilistik dan gaya bahasa.