Penggunaan bahasa dalam teks ucapan kehakiman dari sudut lakuan bahasa

Lakuan Bahasa (LB) merupakan implikasi yang wujud daripada ujaran penutur yang membawa makna sesuatu tindakan. LB sering berlaku dalam pertuturan seharian manusia menerusi pelbagai konteks dan medium. LB boleh dikesan melalui ujaran atau teks sesuatu ucapan. Teks ucapan ialah hasil pertuturan langsu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jesselyn Chin Mui Fah,, Wan Robiah Meor Osman,, Nor Fazila Ab Hamid,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22904/1/jatma%202023%201103%2006.pdf
http://journalarticle.ukm.my/22904/
http://ejournal.ukm.my/jatma/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Lakuan Bahasa (LB) merupakan implikasi yang wujud daripada ujaran penutur yang membawa makna sesuatu tindakan. LB sering berlaku dalam pertuturan seharian manusia menerusi pelbagai konteks dan medium. LB boleh dikesan melalui ujaran atau teks sesuatu ucapan. Teks ucapan ialah hasil pertuturan langsung antara pengucap dan audiens. Teks ucapan kehakiman khususnya dilihat memanfaatkan pelbagai bentuk bahasa. Penggunaan bahasa yang sesuai dan tepat dalam teks ucapan kehakiman amat penting kerana ia dapat memberikan implikasi makna yang mewujudkan sesuatu tindakan kepada pendengarnya. Keberkesanan fungsi bahasa kehakiman yang menggunakan istilah-istilah khusus tertentu amat menarik untuk dianalisis dengan lebih lanjut dan mendalam. Oleh hal yang demikian, kajian ini memanfaatkan teks ucapan daripada portal rasmi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dengan menerapkan Teori Lakuan Bahasa (TLB) oleh Bach dan Harnish (1979). Hasil kajian mendapati bahawa LB pengumuman mempunyai kekerapan penggunaan tertinggi, iaitu sebanyak 222 (53.24%). Dalam kategori lakuan pengumuman pula, lakuan makluman mencatatkan penggunaan tertinggi, iaitu sebanyak 55 (13.19%) sesuai dengan peranan badan kehakiman sebagai pelaksanaan undang-undang yang lazim memberi makluman mengenai undang-undang. Kajian ini diharap dapat menjadi panduan kepada para penulis teks untuk menyediakan teks ucapan mengikut konteks dan objektif sasaran kepada khalayak tertentu.