Etnosentrisme suku dayak dalam perang Monterado: suatu analisis berdasarkan naskhah syair perang cina di Monterado
Kajian ini ingin meneliti etnosentrisme suku Dayak sewaktu terlibat dalam peperangan Monterado di Kalimantan Barat. Terdahulu daripada itu, suku Dayak dalam konteks masa dahulu sering kali dibayangkan sebagai suku yang mundur dan terkebelakang berbanding dengan suku lain yang hidup mengitari mer...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/22868/1/Akademika_93_3_17.pdf http://journalarticle.ukm.my/22868/ https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1594 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini ingin meneliti etnosentrisme suku Dayak sewaktu terlibat dalam peperangan Monterado di Kalimantan Barat.
Terdahulu daripada itu, suku Dayak dalam konteks masa dahulu sering kali dibayangkan sebagai suku yang mundur
dan terkebelakang berbanding dengan suku lain yang hidup mengitari mereka. Tanggapan tersebut sedikit sebanyak
dipengaruhi oleh budaya hidup masyarakat Dayak sendiri yang cenderung mendiami kawasan pedalaman sehingga
menyukarkan berlakunya interaksi sosial di antara suku Dayak dengan suku lain di Pulau Kalimantan. Pendirian suku
Dayak yang “memencilkan” diri tersebut sedikit sebanyak telah merencatkan proses perubahan kehidupan suku Dayak
sehingga melahirkan pandangan sumbang terhadap mereka. Namun begitu, kewujudan naskhah historiografi Melayu
berjudul Syair Perang Cina di Monterado yang dikarang di Kalimantan Barat telah membawa sebuah prespektif
yang baru terhadap suku Dayak. Naskhah historiografi Melayu tersebut tidak hanya memenuhi tanggungjawab
hakikinya untuk merakamkan peristiwa peperangan di Monterado semata-mata malah turut memberikan ruang untuk
mengujarkan peranan suku Dayak sewaktu terlibat dalam perang tersebut. Justeru, kajian berbentuk kualitatif ini
akan menganalisis etnosentrisme suku Dayak dalam naskhah syair tersebut menggunakan model etnosentrisme dengan
mengapikasikan kaedah kajian kepustakaan dan analisis kandungan. Dapatan kajian mendapati bahawa naskhah
syair ini telah memanifestasikan etnosentrisme suku Dayak dalam peperangan Monterado lewat semangat juang,
keberanian, kepercayaann dan kepahlawanan suku Dayak sewaktu bersekutu dengan Belanda dan institusi kerajaan
tempatan dalam perang Monterado. |
---|