Kesan Covid-19 terhadap golongan B40 dan strategi menangani di Selangor, Malaysia

Pandemik COVID-19 yang menjadi wabak di dunia dan Malaysia telah mencatat sebanyak 5,125,209 kes di Malaysia dan angka kematian sehingga kini iaitu pada 16 September 2023 telah mencatat sebanyak 37,171 kes. Di Malaysia, wabak COVID-19 telah memberi kesan yang sangat besar kepada sistem politik,...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sazvini Rajendran,, Doris Padmini Selvaratnam,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22851/1/Akademika_93_3_1.pdf
http://journalarticle.ukm.my/22851/
https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1594
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pandemik COVID-19 yang menjadi wabak di dunia dan Malaysia telah mencatat sebanyak 5,125,209 kes di Malaysia dan angka kematian sehingga kini iaitu pada 16 September 2023 telah mencatat sebanyak 37,171 kes. Di Malaysia, wabak COVID-19 telah memberi kesan yang sangat besar kepada sistem politik, ekonomi, sosial, kesihatan, dan pendidikan negara. Peningkatan kes yang mendadak telah membawa kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memberi pelbagai kesan kepada masyarakat Malaysia. Terdapat beberapa kajian penyelidikan yang telah dilakukan untuk mengkaji COVID-19. Walau bagaimanapun, terdapat tiada kajian yang memfokuskan kepada golongan B40 di Selangor. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesan COVID-19 kepada golongan B40 di Selangor dari segi ekonomi dan sosial. Di samping itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti cara-cara mengatasi kesan COVID-19 terhadap ekonomi dan sosial antara masyarakat di Selangor. Tindak balas dan persepsi golongan B40 di Selangor terhadap kesan COVID-19 diukur melalui tinjauan dalam talian. Seramai 200 responden dari seluruh Selangor terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti golongan B40 mengalami kesan COVID-19 dan pada masa yang sama inisiatif kerajaan telah dapat membantu mereka. Justeru, melalui pemahaman terhadap COVID-19 dalam kalangan B40 dan cara mengatasinya, langkah pencegahan yang terpilih mengikut pendekatan yang bersesuaian dapat dilaksanakan agar kesejahteraan rakyat B40 dapat ditingkatkan dan dipulihkan dari segi sosioekonomi masyarakat.