Fenomena El Niño dan impak terhadap hasil tangkapan ikan: kajian kes di Sabah, Malaysia
Kesan fenomena El Niño Southern Oscillation (ENSO) berbeza-beza bergantung kepada lokasi dan ia telah menyebabkan berlakunya dapatan kajian yang berbeza dalam bidang perikanan. Kajian ini bertujuan mengkaji fenomena El Nino dan impak terhadap taburan kepekatan klorofil di perairan Pantai Barat Sabah...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/22704/1/637822199261PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/22704/ https://ejournal.ukm.my/gmjss/index |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kesan fenomena El Niño Southern Oscillation (ENSO) berbeza-beza bergantung kepada lokasi dan ia telah menyebabkan berlakunya dapatan kajian yang berbeza dalam bidang perikanan. Kajian ini bertujuan mengkaji fenomena El Nino dan impak terhadap taburan kepekatan klorofil di perairan Pantai Barat Sabah, dan pengaruhnya terhadap tangkapan ikan pada tahun 2015/2016. Kajian ini menggunakan maklumat data daripada satelit penderiaan jauh MODIS bagi tahun 2012 hingga tahun 2016 bagi memetakan taburan kepekatan kandungan klorofill. Kajian ini juga menggunakan maklumat data tangkapan ikan yang diperoleh daripada Jabatan Perikanan Negeri Sabah dan maklumat data Oceanic Niño Index (ONI). Hasil kajian mendapati penurunan hasil tangkapan ikan semasa fenomena El Niño pada tahun 2015/2016.Hasil kajian mendapati fenomena El Niño mempengaruhi hasil tangkapan ikan dan kandungan klorofil yang tentunya memberi kesan terhadap jumlah pendapatan nelayan dan industri yang berikatan. |
---|