Trend berkomunikasi dan transaksi dalam talian: selamatkah data peribadi belia Malaysia?

Isu keselamatan data peribadi pengguna secara dalam talian menjadi perdebatan hangat seantero dunia termasuk di Malaysia. Krisis kesihatan pandemik Covid-19 menjadi pemangkin kepesatan penggunaan teknologi dalam pelbagai aspek kehidupan. Global Threat Report 2021 menggesa penduduk dunia untuk menjad...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Shariffah Mamat,, Wan Amizah Wan Mahmud,, Arina Anis Azlan,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22644/1/619592180341PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/22644/
http://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Isu keselamatan data peribadi pengguna secara dalam talian menjadi perdebatan hangat seantero dunia termasuk di Malaysia. Krisis kesihatan pandemik Covid-19 menjadi pemangkin kepesatan penggunaan teknologi dalam pelbagai aspek kehidupan. Global Threat Report 2021 menggesa penduduk dunia untuk menjadikan keselamatan siber sebagai budaya sementara pakar teknologi berjuang mengesan dan menghentikan ancaman siber sepenuhnya. Justeru, artikel ini bertujuan mengkaji tingkah laku golongan belia agar sentiasa melindungi data peribadi yang dikongsikan secara dalam talian. Kajian kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik yang diedarkan secara dalam talian ini dijalankan ke atas belia Malaysia semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuatkuasa. Seramai 535 orang belia berumur 19 hingga 30 tahun di Putrajaya dan Cyberjaya telah dipilih sebagai sampel kajian. Pemilihan ini menggunakan pendekatan multi tahap iaitu berdasarkan kategori umur, jantina, etnik dan lokasi. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 28.0. Analisis regresi berganda mendapati bahawa faktor kawalan tingkah laku (R2 = .819) merupakan menyumbang paling besar dan signifikan dalam usaha melindungi keselamatan data peribadi berbanding faktor lain seperti sikap, norma subjektif, niat, mudah guna, kepercayaan dan faedah. Dapatan ini menjelaskan bahawa bagi memastikan belia Malaysia cenderung untuk menjadi pengguna secara dalam talian yang selamat mereka perlu memiliki sifat kawalan tingkah laku yang tinggi untuk melindungi keselamatan data peribadi mereka. Budaya menghindari diri daripada menjadi mangsa ancaman siber ini perlu disemai dalam diri setiap individu belia seiring dengan kepesatan teknologi bagi menangani cabaran era digital dewasa ini.