Pelabuhan dan candi: Kajian terhadap pengaruh pelabuhan purba dengan peletakan candi-candi Kedah Tua

Penyelidikan ini mengkaji asosiasi antara pelabuhan purba Kedah Tua dengan peletakan candi dalam konteks sejarah politi ini. Kedah Tua dikenali sebagai Kataha dan Kadaram, memainkan peranan penting dalam jaringan perdagangan maritim yang menghubungkan dunia Timur dan Barat. Kepentingannya sebagai...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Nu’man Mohd Nasir,, Zuliskandar Ramli,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22632/1/Arkeologi_36_2_1.pdf
http://journalarticle.ukm.my/22632/
https://arkeologimalaysia.org.my/jurnalarkeologi/index.php/jurnalarkeologi/issue/view/45
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini mengkaji asosiasi antara pelabuhan purba Kedah Tua dengan peletakan candi dalam konteks sejarah politi ini. Kedah Tua dikenali sebagai Kataha dan Kadaram, memainkan peranan penting dalam jaringan perdagangan maritim yang menghubungkan dunia Timur dan Barat. Kepentingannya sebagai pusat perdagangan yang terkemuka disokong secara meluas oleh rekod bertulis, kebanyakannya daripada sumber asing seperti daripada sumber India, Cina dan Arab-Parsi. Selain itu, bukti kukuh tentang keunggulan ekonomi Kedah Tua diperkukuhkan dengan penemuan pelbagai artifak, termasuk seramik, syiling dan barangan mewah, terutamanya di Sungai Mas dan Pengkalan Bujang. Penyelidikan arkeologi yang teliti di Kedah sejak 1980-an telah membuktikan penyertaan aktif Kedah Tua dalam jaringan perdagangan antarabangsa danserantau ini. Kajian ini meneliti 30 tapak arkeologi yang mempunyai struktur candi yang terkait dengan ajaran Buddha dan Hindu. Dengan menggunakan teknologi Sistem Penentududukan Global (GPS) dan alatan Sistem Maklumat Geografi (GIS), koordinat tapak, tarikh, dan maklumat berkaitan direkodkan dan dianalisis secara sistematik, memberikan maklumat tentang pelbagai faktor yang mempengaruhi pembinaan kuil daripada aspek perdagangan dan pelabuhan. Oleh yang demikian, penyelidikan ini secara signifikan menyumbang kepada pemahaman tentang dinamika kompleks terutama dalam aspek perdagangan dan agama Kedah Tua. Hasil analisis mendapati bahawa Sungai Mas yang berfungsi sebagai pusat perdagangan, pelabuhan dan pentadbiran semasa zaman kegemilangannya tidak mempunyai pengaruh besar terhadap peletakan candi di kawasan yang berhampiran dengannya berbanding dengan Pengkalan Bujang