Faktor tidak memeluk agama Islam dalam kalangan Cina Peranakan di Kelantan
Masyarakat Cina Peranakan telah datang ke Kelantan sejak tiga abad yang lalu. Mereka boleh bergaul rapat dengan masyarakat Melayu Islam di negeri ini sehingga boleh mengadaptasikan sebahagian budaya dan gaya hidup Orang Melayu serta boleh bertutur dalam dialek Melayu Kelantan dengan fasih. Walau...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/22620/1/Akademika_19.pdf http://journalarticle.ukm.my/22620/ https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1593 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Masyarakat Cina Peranakan telah datang ke Kelantan sejak tiga abad yang lalu. Mereka boleh bergaul rapat dengan
masyarakat Melayu Islam di negeri ini sehingga boleh mengadaptasikan sebahagian budaya dan gaya hidup Orang
Melayu serta boleh bertutur dalam dialek Melayu Kelantan dengan fasih. Walau bagaimanapun, hubungan ini hanya
setakat dapat mempengaruhi gaya hidup dan dialek bahasa sahaja, tidak sampai ke tahap mengubah kepercayaan dan
agama. Objektif artikel ini ialah untuk mengkaji faktor yang boleh menyebabkan Cina Peranakan di Kelantan tidak
menerima Islam sebagai agama dan selesa dengan agama nenek moyang mereka. Beberapa kajian lalu mendapati
enam faktor yang menjadi halangan kepada orang Cina secara umumnya dari memeluk Islam iaitu; a) sikap komunal
dan etnosentrik Melayu Kelantan. b) Sikap etnosentrik dan komunal orang Cina. c) perbezaan kepercayaan. d) jati diri
Cina peranakan. e) diskriminasi ekonomi. f) pelaksanaan politik Islam. Kajian ini mengkaji sejauh manakah enam faktor
ini benar-benar menjadi halangan kepada Cina Peranakan di Kelantan memeluk Islam. Seramai 12 orang informan
Cina Peranakan di Kelantan telah ditemubual secara separa berstruktur dan mereka terdiri dari wakil kaum yang
dipilih dari setiap jajahan di Kelantan. Kajian mendapati bahawa majoriti responden boleh menerima baik masyarakat
Melayu dan mengamalkan gaya hidup mereka. Namun, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan mereka tidak menerima Islam sebagai agama iaitu sikap komunal orang Cina yang lebih mementingkan ikatan kekeluargaan, lebih selesa berpegang kepada agama yang sedia ada berbanding agama yang baharu. |
---|