Pendidikan spiritual untuk anak jalanan di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Kuala Lumpur

Fenomena anak jalanan di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur amat membimbangkan. Anak jalanan ini menghabiskan banyak masa di jalanan disebabkan tahap sosio-ekonomi keluarga yang rendah dan hidup dalam persekitaran negatif. Mereka juga menghadapi konflik keluarga dan keciciran dalam pendidikan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Farah Hamizah Samsuddin,, Haziyah Hussin,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22613/1/Akademika_12.pdf
http://journalarticle.ukm.my/22613/
https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1593
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Fenomena anak jalanan di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur amat membimbangkan. Anak jalanan ini menghabiskan banyak masa di jalanan disebabkan tahap sosio-ekonomi keluarga yang rendah dan hidup dalam persekitaran negatif. Mereka juga menghadapi konflik keluarga dan keciciran dalam pendidikan justeru mereka mengalami penurunan motivasi dan masalah kestabilan emosi. Oleh itu, pendidikan spiritual wajar diberi perhatian kepada anak jalanan kerana ia memberi kekuatan dalaman untuk mereka mengubah diri dan keluar dari kitaran kehidupan di jalanan. Artikel ini bertujuan mengkaji peranan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), Kuala Lumpur dalam melaksanakan pendidikan spiritual kepada anak jalanan. Ia turut menganalisis cabaran yang dihadapi dalam memenuhi keperluan pendidikan spiritual untuk golongan ini. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif dengan pendekatan kajian kes. Data dikumpulkan daripada temu bual semi berstruktur dengan pentadbir sekolah dan lima orang guru Pendidikan Islam yang dipilih dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan. Selain itu, kaedah analisis kandungan ke atas data enrolmen pelajar, kurikulum dan Laporan Tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia dilakukan untuk mendapatkan data berkenaan murid dan aktiviti kerohanian di SBJK. Data ini seterusnya, dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa SBJK memainkan peranan penting dalam melaksanakan pendidikan spiritual kepada anak jalanan melalui modifikasi kurikulum dan amalan pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel serta profesionalisme keguruan yang yang tinggi. Cabaran utama dalam melaksanakan pendidikan spiritual bagi anak jalanan adalah kekurangan tenaga pengajar, kemahiran pengajaran dan pembelajaran, limitasi penempatan murid di sekolah dan kekurangan sokongan keluarga. Kajian ini menunjukkan pendidikan spiritual amat signifikan dalam meningkatkan keyakinan diri dan kestabilan emosi anak jalanan serta mendorong mereka kembali kepada ajaran agama.