Kesan tembakan jarak dekat ke atas bahan binaan kapal nelayan resak, seraya dan balau
Kes tembakan senjata api jarak dekat ke atas kapal nelayan di Malaysia semakin meningkat setiap tahun. Cabaran yang dihadapi oleh agensi penguatkuasaan adalah untuk membuktikan bagaimana jenayah tembakan dilakukan. Bagi menyelesaikan masalah ini model sudut tembakkan dan pantulan dalam ruang kec...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/22384/1/Sains%20Kesihatan%207.pdf http://journalarticle.ukm.my/22384/ https://ejournals.ukm.my/jskm/issue/view/1573 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kes tembakan senjata api jarak dekat ke atas kapal nelayan di Malaysia semakin meningkat setiap tahun. Cabaran
yang dihadapi oleh agensi penguatkuasaan adalah untuk membuktikan bagaimana jenayah tembakan dilakukan. Bagi
menyelesaikan masalah ini model sudut tembakkan dan pantulan dalam ruang kecil perlu dibina. Kajian ini mengkaji
kesan tembakan pistol CZ 75 SP-01 Shadow separa automatik buatan Republic Czech bersama peluru 9 mm FMJ 7.45
gm ke atas tiga jenis kayu yang selalu digunakan untuk membuat kapal nelayan. Faktor jarak tembakan (1, 3, 5 dan 10
m), sudut tembakan (15°, 30°, 45°, 60°, 75° dan 90°), sudut pantulan, dan jenis bahan binaan rumah kapal nelayan
(Resak, Seraya dan Balau) dikaji. Keputusan kajian menunjukkan hanya 114 daripada 432 tembakan menghasilkan
pantulan. Tembakkan ke atas kayu Resak menghasilkan beberapa pantulan peluru pada sudut tembakan 15° dan 30°
dan jarak 1 m. Model persamaan menghubungkan sudut pantulan dan tembakkan berjaya dihasilkan. Kayu Seraya pula
menghasilkan beberapa pantulan pada sudut tembakkan 15° dan jarak 1m sahaja dan ujian statistik menunjukkan
bahawa model persamaan tidak boleh dibina. Bagi kayu Balau pula, model persamaan berjaya dihasilkan. Ia
menghubungkan sudut pantulan dan jarak tembakkan. Ujian Validasi ke atas model kayu Resak dan Balau, menunjukkan
model Resak mempunyai kejituan sebanyak 90%. Model kayu Balau pula tidak berjaya menghasilkan sebarang
keputusan yang betul dan dengan itu tidak boleh dipercayai. Kesimpulannya, ketiga-tiga faktor yang dikaji tidak
mencukupi untuk menerangkan kejadian pantulan peluru apabila tembakan dilakukan pada jarak dekat dalam ruang
yang tertutup. |
---|