Analisis pelaksanaan hukuman alternatif dalam kes khalwat di negeri Selangor

Selain daripada hukuman sedia ada, mahkamah syariah turut boleh menjatuhkan hukuman alternatif. Kajian ini bertujuan menganalisis pelaksanaan hukuman alternatif dalam kes khalwat oleh mahkamah syariah di negeri Selangor. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dalam penganalisisan isu berkaitan. Ka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Fattah Kamarudin,, Muhammad Mustaqim Darus,, Mohamad Azhan Yahya,, Ahmad Azam Mohd Shariff,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22374/1/J%207.pdf
http://journalarticle.ukm.my/22374/
https://ejournal.ukm.my/juum/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Selain daripada hukuman sedia ada, mahkamah syariah turut boleh menjatuhkan hukuman alternatif. Kajian ini bertujuan menganalisis pelaksanaan hukuman alternatif dalam kes khalwat oleh mahkamah syariah di negeri Selangor. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dalam penganalisisan isu berkaitan. Kajian ini ditumpukan kepada bentuk-bentuk penghakiman dalam kes jenayah khalwat yang dijatuhkan oleh semua mahkamah rendah syariah di negeri Selangor dengan melihat kepada justifikasi penghakiman samada berbentuk punitif mahupun rehabilitatif. Data dikumpul dengan mengguna pakai kaedah kajian kepustakaan. Data primari dan sekunder berkaitan hukuman alternatif dalam kes khalwat dikumpul bagi mengenal pasti permasalahan serta persoalan kajian. Temubual turut dijalankan ke atas hakim mahkamah rendah syariah dan pendakwa syarie di negeri Selangor, pegawai penjara Malaysia dan pegawai pusat koreksional Malaysia dalam bentuk berstruktur dan separa struktur. Kajian mendapati kelompangan dalam peruntukan Enakmen Jenayah Syariah dan Enakamen Tatacara Jenayah Syariah berkaitan pelaksanaan hukuman alternatif. Kajian ini mencadangkan agar pelaksanaan peruntukan undang-undang terbabit diperincikan dan diperkemaskan. Adalah diharapkan agar analisis kajian akan berupaya menangani permasalahan berkaitan pelaksanaan hukuman alternatif di mahkamah syariah. Semoga kajian ini juga berupaya memperkasakan pelaksanaan hukuman alternatif di mahkamah syariah dan seterusnya membantu mahkamah dalam membuat penghakiman.