Kaedah-kaedah memulakan tindakan sivil di mahkamah sivil: tinjauan terhadap kes-kes terkini

Tindakan sivil adalah pertikaian undang-undang dan pertikaian fakta antara dua atau lebih pihak yang menuntut remedi bagi kecederaan atau kerosakan yang disebabkan oleh perbuatan salah pihak lain. Tindakan sivil bertujuan untuk menuntut bayaran pampasan kepada Plaintif atau pihak yang tercedera atau...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Noor Anisah Husna Mazlan,, Nurul Nisa’ Khalid,, Shahrul Mizan Ismail,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22371/1/J%204.pdf
http://journalarticle.ukm.my/22371/
https://ejournal.ukm.my/juum/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tindakan sivil adalah pertikaian undang-undang dan pertikaian fakta antara dua atau lebih pihak yang menuntut remedi bagi kecederaan atau kerosakan yang disebabkan oleh perbuatan salah pihak lain. Tindakan sivil bertujuan untuk menuntut bayaran pampasan kepada Plaintif atau pihak yang tercedera atau rugi. Menurut Aturan 5 Kaedah 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, bagi memulakan prosiding, ia hendaklah dimulakan sama ada melalui Saman Pemula atau Writ. Prosiding yang dalamnya wujud suatu pertikaian fakta yang serius yang mungkin berbangkit hendaklah dimulakan dengan Writ. Manakala prosiding yang suatu permohonan akan dibuat kepada Mahkamah atau seorang Hakim di bawah mana-mana undang-undang bertulis hendaklah dimulakan melalui Saman Pemula. Objektif kajian ini adalah untuk meninjau kes-kes lima tahun ke belakang bagi mengetahui perkembangan-perkembangan terkini berkaitan dengan penghakiman mahkamah bagi kaedah-kaedah memulakan tindakan sivil. Kajian ini dijalankan secara kualitatif, iaitu melibatkan penganalisisan data dengan meninjau kes-kes terkini. Daripada analisis kes-kes yang dibuat, terdapat tiga perkembangan utama yang dikenal pasti iaitu Mahkamah menerima penukaran kaedah memulakan tindakan sivil apabila tidak ada ketidakadilan yang menjadi prejudis terhadap pihak-pihak di dalam kes, Mahkamah menolak permohonan penukaran kaedah memulakan tindakan sivil tanpa alasan kukuh dan Mahkamah lebih mudah membenarkan penukaran kaedah tindakan sivil apabila melibatkan hartanah. Oleh itu, artikel ini akan menghuraikan dengan terperinci mengenai pendefinisian tindakan sivil, Kaedah-Kaedah Mahkamah yang akan diguna pakai dan perkembangan terkini penghakiman Mahkamah terhadap kes-kes yang melibatkan kaedah-kaedah memulakan tindakan sivil.