Tahap penguasaan kosa kata Bahasa Melayu oleh murid-murid Orang Asli Semai

Penguasaan bahasa Melayu penting bagi murid-murid Orang Asli Semai kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan juga bahasa pengantar pendidikan. Tahap penguasaan bahasa Melayu yang rendah akan menyebabkan mereka ketinggalan dalam pendidikan. Kertas kerja ini membincangkan tahap penguasaan k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Karim Harun,, Mohamad Hakimi Mohammad Haidzir,, Maslida Yusof,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22365/1/H%207.pdf
http://journalarticle.ukm.my/22365/
https://ejournal.ukm.my//jmelayu/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penguasaan bahasa Melayu penting bagi murid-murid Orang Asli Semai kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan juga bahasa pengantar pendidikan. Tahap penguasaan bahasa Melayu yang rendah akan menyebabkan mereka ketinggalan dalam pendidikan. Kertas kerja ini membincangkan tahap penguasaan kosa kata bahasa Melayu oleh murid murid Orang Asli Semai di Tapah, Perak. Dalam kajian ini, pengkaji ini menggunakan kaedah kualitatif dengan memanfaatkan teknik temubual dan pemerhatian. Subjek kajian ini terdiri daripada murid-muridtabika yang berusia lima dan enam tahun. Data yang diperoleh akan dianalisis menggunakan tatabahasa Melayu. Dapatan kajian menunjukkan murid-murid Orang Asli Semai yang berusia lima dan enam tahun sudah menguasai sebahagian kosa kata bahasa Melayu yang terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Namun, murid-murid Orang Asli Semai hanya menggunakan kosa kata yang meliputi tubuh badan,persekitaran, makanan, minuman dan keluarga. Hal ini menunjukkan mereka masih berada pada tahap lemah dalam penguasaan bahasa Melayu. Oleh itu, kajian ini penting dan dapat dimanfaatkan oleh semua pihak sama ada guru, ibu bapa, murid, mahupun pengkaji bagi menambh baik tahap penguasaan kosa kata bahasa Melayu murid-murid Orang Asli Semai.