Impak taburan partikel terampai (PM10 dan PM2.5) terhadap suhu kawasan bandar dan pinggir bandar di Ipoh, Perak

Pencemaran partikel terampai (PM10 dan PM2.5) di Ipoh adalah berpunca dari industri simen, kuari dan kawasan perindustrian berpusat. Kajian ini dijalankan untuk melihat impak taburan konsentrasi partikel terampai terhadap suhu di kawasan bandar dan pinggir bandar dengan memperoleh data primer melalu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Ihsan Muhamad Ismail,, Mohd Hairy Ibrahim,, Nur Kalsum Mohd Isa,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22274/1/2-Mohamad%2BIhsan%2BMuhamad%2BIsmail%20--.pdf
http://journalarticle.ukm.my/22274/
https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pencemaran partikel terampai (PM10 dan PM2.5) di Ipoh adalah berpunca dari industri simen, kuari dan kawasan perindustrian berpusat. Kajian ini dijalankan untuk melihat impak taburan konsentrasi partikel terampai terhadap suhu di kawasan bandar dan pinggir bandar dengan memperoleh data primer melalui kaedah persampelan lapangan di Ipoh. Kaedah persampelan di lapangan untuk data partikel terampai dilakukan dengan menggunakan Model 164 GRIMM dust indicator untuk mendapatkan kepekatan taburan konsentrasi PM10 dalam kawasan pusat bandar dan pinggir bandar di Ipoh. Manakala bagi pencerapan suhu menggunakan Windmate Hydrometer TM dan Whirling Hygrometer.Dapatan data menunjukkan terdapat hubungan yang positif dimana peningkatan partikel terampai menunjukkan peningkatan suhu terutamanya bagi Stesen 10 iaitu kawasan kilang simen Tasek dengan bacaan (PM10 = 213.7 ug/m3 dan PM2.5 = 121.3 ug/m3) dimana bacaan suhu adalah 34.9°C, dan Stesen 1 iaitu kawasan Kilang Simen Khantan dengan bacaan (PM10 = 231.7 ug/m3 dan PM2.5 = 146.3 ug/m3) dimana bacaan suhu adalah 31.5 °C. Walau bagaimanapun, cerapan harian tertinggi bagi PM10 dan PM2.5 adalah 329.3 ug/m3 dan 247.7 ug/m3. Secara keseluruhannya, didapati kesan perubahan kandungan bahan percemar yang diakibatkan oleh pencemaran PM10 dan PM2.5 di Ipoh yang mana meningkat suhu sekitar dan boleh menyebabkan kesan yang pelbagai.