Pengaruh pengurusan maklumat terhadap keberkesanan program latihan dan pembangunan sektor awam: kajian rintis di Jabatan Penyiaran Malaysia

Pengurusan maklumat adalah penting bagi sesebuah organisasi kerana ia mampu memacu kecemerlangan organisasi. Persekitaran yang semakin kompleks memerlukan pengurusan maklumat yang cekap serta program latihan dan pembangunan yang berkesan. Hal ini sangat signifikan terutamanya apabila berlaku sesuatu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Noorzihidayah Md Noor,, Maizatul Haizan Mahbob,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22256/1/jk_9.pdf
http://journalarticle.ukm.my/22256/
https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1605
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengurusan maklumat adalah penting bagi sesebuah organisasi kerana ia mampu memacu kecemerlangan organisasi. Persekitaran yang semakin kompleks memerlukan pengurusan maklumat yang cekap serta program latihan dan pembangunan yang berkesan. Hal ini sangat signifikan terutamanya apabila berlaku sesuatu konflik atau krisis. Justeru objektif kertas ini adalah di samping untuk mendapatkan nilai kesahan dan kebolehpercayaan ke atas item-item soal selidik yang dibina, ia juga untuk menguji pengaruh pengurusan maklumat yang merangkumi persekitaran maklumat, ketidakjelasan maklumat dan kitaran komunikasi terhadap keberkesanan program latihan dan pembangunan sektor awam. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada 102 orang responden yang terdiri daripada kakitangan di Jabatan Penyiaran Malaysia secara dalam talian menerusi platform Google Form. Teori Maklumat Organisasi Weick dan Model Penilaian Kirkpatrick telah diguna pakai dalam kajian ini. Data yang dikumpul kemudian dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) v.22 untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan item seterusnya menguji hipotesis yang dikemukakan. Hasil kajian menunjukkan bahawa kesemua aspek pengurusan maklumat yang dikaji mempunyai hubungan signifikan positif yang kuat dengan keberkesanan program latihan dan pembangunan. Melalui analisis regresi membuktikan bahawa pengurusan maklumat menyumbang sebanyak 71.9% kepada keberkesanan program latihan dan pembangunan tetapi aspek persekitaran maklumat tidak memberi pengaruh terhadap pemboleh ubah bersandar. Secara keseluruhannya, aspek kitaran komunikasi merupakan penyumbang utama yang mempengaruhi keberkesanan program latihan dan pembangunan berbanding aspek persekitaran maklumat dan ketidakjelasan maklumat. Kata kunci: Model Penilaian Kirkpatrick, pengurusan maklumat, program latihan dan pembangunan, sektor awam, Teori Maklumat Organisasi Weick.