Memobilisasikan penyertaan lokal melalui participatory rural appraisal (Pra) bagi penilaian keperluan untuk pembangunan komuniti
Penyertaan adalah suatu isu penting dalam wacana pembangunan. Bagi pihak yang mengajukan pembangunan, penyertaan daripada khalayak sasaran amat dikehendaki dan bagi kalangan khalayak sasaran mereka jarang diajak untuk turut serta dalam proses pembangunan dari awal lagi. Pendekatan Participatory Rura...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysian
2011
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/2219/1/V27_1_12.pdf http://journalarticle.ukm.my/2219/ http://www.ukm.my/jkom |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penyertaan adalah suatu isu penting dalam wacana pembangunan. Bagi pihak yang mengajukan pembangunan, penyertaan daripada khalayak sasaran amat dikehendaki dan bagi kalangan khalayak sasaran mereka jarang diajak untuk turut serta dalam proses pembangunan dari awal lagi. Pendekatan Participatory Rural Appraisal (PRA) memberi peluang kepada khalayak sasaran untuk turut sama mengambil bahagian dalam proses pembangunan. PRA boleh digunakan untuk memobilisasikan penyertaan khalayak melalui komunikasi dan interaksi yang menggalakkan komuniti berkongsi pendapat, idea dan pengalaman mengenai masalah lokal, isu, keperluan, dan kepentingan mereka. Pendekatan ini menekankan kepada pengetahuan tempatan dan membantu komuniti lokal untuk menilai keperluan, analisis dan merancang. Oleh yang demikian, PRA digunakan untuk memudahkan perkongsian maklumat, analisis dan tindakan di kalangan pihak berkepentingan. Secara amnya, tujuan PRA adalah untuk membolehkan pihak-pihak berkepentingan seperti kerajaan, komuniti lokal, sektor swasta dan organisasi bukan kerajaan (NGO) untuk bekerjasama dalam merancang program pembangunan yang sesuai dan releven bagi sesebuah komuniti. Di Indonesia dan Filipina misalnya, pengaplikasian PRA dalam program pembangunan komuniti telah menjadi kebiasaan untuk mengukur keperluan dan keinginan komuniti desa. Makalah ini membincangkan kepentingan pendekatan PRA kepada kerja-kerja pembangunan, syarat-syarat perlu untuk menggunakan pendekatan ini, kelebihan pendekatan ini dan sejauh manakah pendekatan ini boleh diaplikasikan kepada pembangunan komuniti di Malaysia. |
---|