Kesan kenaikan harga barang asas dan impaknya terhadap mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia

Kenaikan harga barang asas telah menjadi topik hangat dari semasa ke semasa. Antara golongan yang terkesan dan kehidupan semakin terhimpit akibat kenaikan harga barang asas adalah golongan mahasiswa. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti impak kenaikan harga barang asas terhadap mahasiswa di Univ...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sushmita Eh Wa,, Mustazar Mansur,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22140/1/jpp_3.pdf
http://journalarticle.ukm.my/22140/
http://www.ukm.my/personalia/publication/a10-0623/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kenaikan harga barang asas telah menjadi topik hangat dari semasa ke semasa. Antara golongan yang terkesan dan kehidupan semakin terhimpit akibat kenaikan harga barang asas adalah golongan mahasiswa. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti impak kenaikan harga barang asas terhadap mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia dari tiga aspek iaitu perbelanjaan bulanan, kuasa beli dan perubahan taraf hidup. Metodologi kajian yang digunakan ialah kaedah kuantitatif melalui instrumen soal selidik yang merangkumi prasiswazah dari setiap fakulti di UKM. Kajian ini menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan purata min bagi setiap kesan. Hasil kajian mendapati bahawa kenaikan harga barang asas telah meningkatkan perbelanjaan bulanan akibat peningkatan kos sara hidup serta perubahan kuasa beli dan taraf hidup mereka. Bagi menangani isu ini, sebahagian besar responden bertindak untuk berjimat cermat dengan membeli barangan yang berkualiti rendah serta mengutamakan barangan yang penting dan sebahagian responden memilih untuk membuat kerja sambilan pada waktu rehat mereka.